Sumber Gambar: Sinar Harian

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mencari penaja baru bagi menampung kos operasi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang dimulakan sejak 2014.

Syed Saddiq berkata kementrian beliau tidak boleh menanggung sepenuhnya kos operasi NFDP seperti yang dilakukan ketika ini berikutan kedudukan kewangan yang kurang baik.

“Kita perlu mencari dana tambahan untuk meneruskan program NFDP kerana program itu baik tetapi masalah dahulu ialah mereka dijanjikan dana sehingga RM20 juta setahun namun ia tidak berlaku.

“Kerajaan tidak boleh menanggung sepenuhnya kerana peruntukan besar itu akan menjejaskan sukan-sukan lain yang berada di bawah Majlis Sukan Negara (MSN). Saya juga ada berjumpa beberapa penaja berpotensi tapi mereka beritahu kalau boleh setiap sen yang dilaburkan biarlah memberi impak besar,” katanya kepada Utusan.

Setelah skuad bawah 16 tahun negara gagal untuk melayakkan diri ke temasya Piala Dunia Remaja di Peru tahun hadapan, segala perkara mengenai program NFDP dari segi gaji yang diterima oleh Pengarah Teknikal mereka, Lim Teong Kim dan juga kos operasi program tersebut dipersoalkan oleh ramai pihak.

Meskipun menelan belanja yang besar, namun rata-rata peminat bola sepak dalam negara mahukan program ini diteruskan kerana program ini mampu untuk melahirkan pemain di peringkat akar umbi yang mempunyai kualiti yang tinggi.

Apa yang pasti, penaja baru yang bakal dibawa masuk nanti diharapkan dapat memberikan sumber kewangan yang baik dan stabil agar NFDP dapat menjalankan segala perancangan dan yang telah dirancang.

Apa pendapat anda mengenai hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu membawa masuk penaja baru bagi menampung kos operasi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)?

Mampukah penaja baru membantu NFDP untuk bergerak lebih maju pada masa akan datang?

Baca Juga: Tamatkan Khidmat Lim Teong Kim

Leave a Reply