• Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikhabarkan berminat untuk membeli kelab yang berpangkalan di kota London. Meskipun baginda mengimpikan AC Milan, namun keadaan semasa kelab gergasi Serie A itu dianggap tidak ideal untuk dijadikan pelaburan. Di sini, kami senaraikan 4 kelab London yang boleh oleh TMJ.

    1. Brentford FC

    Sumber Gambar: Brentford FC

    Brentford ketika ini menduduki tangga kelima dalam saingan Liga Kejuaraan musim 2018/2019. Di bawah kendalian Dean Smith, pasukan yang digelar The Bees ini mencatat 3 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan daripada enam perlawanan setakat ini.

    Nilai pasaran semasa: 23.40 Juta Pound

    2. Millwall FC

    Sumber Gambar: Millwall

    Millwall berada di tangga ke-16 dalam saingan Liga Kejuaraan setakat ini. Kelab yang pernah melonjakkan nama penyerang Australia, Tim Cahill ini bermula dengan agak perlahan apabila hanya mampu mengutip 1 kemenangan, 2 seri dan 3 kekalahan.

    Nilai pasaran semasa: 13.15 Juta Pound

    3. Queens Park Rangers

    Sumber Gambar: Zimbio.com

    Kelab yang majoriti sahamnya dipegang oleh taikun penerbangan negara, Tan Sri Tony Fernandes ini pernah mewarnai kancah Liga Perdana Inggeris pada musim 2014/2015.

    Dalam saingan Liga Kejuaraan musim ini, QPR berada di tangga ke-22 setelah hanya mampu mengutip 1 kemenangan, 1 seri dan empat kekalahan.

    Nilai pasaran semasa: 35.3 Juta Pound

    4. Charlton Athletic

    Sumber Gambar: South London Press

    Charlton Athletic beraksi dalam saingan Divisyyen 3 liga bola sepak England atau yang lebih tepatnya EFL League One musim ini. Pasukan bimbingan bekas pemain Birmingham City, Lee Bowyer ini menduduki tangga ke-8 setelah 7 perlawanan Liga.

    Nilai pasaran semasa: 10.49 Juta Pound

    Itulah 4 kelab London yang menurut kami boleh dibeli oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Nilai pasaran semasa yang sedikit rendah berbanding kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris membuatkan keempat-empat kelab ini berbaloi jika mahu membuat pelaburan.

    Selain itu, keempat-empat kelab di atas beraksi dalam saingan kedua dan ketiga tertinggi dalam liga bola sepak England.

    Apa pendapat anda mengenai 4 kelab London yang kami pilih sebagai kelab yang sesuai untuk dibeli oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim ?

    Baca Juga: Kelab London Mana Yang Menambat Hati

    Leave a comment

    Your email address will not be published.