• Prestasi pemain sayap PKNP FC, Hafiz Ramdan sememangnya memainkan peranan besar bagi pasukan bimbingan Abu Bakar Fadzim ini mengharungi musim pertama dalam saingan Liga Super. Di sini, kami senaraikan 5 pasukan yang boleh disertai Hafiz Ramdan bagi meningkatkan lagi tahap dan mutu permainan beliau.

    1. Selangor

    Sumber Gambar: PKNP FC

    Pasukan Selangor sudah pasti mahu membeli pemain berkualiti bagi memperkuatkan pasukan bagi saingan musim hadapan. Hafiz dilihat mampu untuk memainkan peranan penting sama ada di bahagian pertahanan mahupun serangan Selangor kerana beliau mampu untuk beraksi di kedua-dua posisi tersebut.

    2. Kedah

    Sumber Gambar: Kedah FA

    Setelah mempamerkan aksi yang tidak konsisten dalam saingan Liga Malaysia musim ini, Kedah sudah pasti tidak mahu mengulangi prestasi sama pada saingan musim hadapan.

    Bagi tujuan tersebut, Kedah sudah pasti akan membawa masuk pemain dan kualiti yang dimiliki oleh Hafiz dilihat mampu untuk mengukuhkan lagi kekuatan pasukan.

    3. PKNS FC

    Sumber Gambar: PKNS FC

    PKNS beraksi dengan baik dalam saingan Liga Super dan juga Piala Malaysia musim ini. Hafiz boleh menyertai PKNS musim hadapan kerana mereka mempunyai pemain yang mampu membantu beliau meningkatkan permainan dan juga dilatih oleh jurulatih berpengalaman Liga Malaysia, Datuk K.Rajagopal.

    4. Felda United

    Sumber Gambar: Felda United

    Felda United akan kembali beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan. Kehadiran Hafiz dilihat mampu untuk memperkukuhkan lagi jentera serangan Felda yang sudahpun memiliki Thiago Augusto Fernandez dan Gilberto Fortunato.

    5. Perak

    Sumber Gambar: Perak TBG

    Hafiz pernah menyarung jersi Perak pada musim 2015 hingga 2017. Jika Hafiz kembali menyarung jersi The Boss Gaurus, maka ianya mampu untuk meningkatkan lagi kemampuan serta kualiti beliau kerana Perak akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan.

    Itulah 5 pasukan yang menurut kami boleh disertai oleh Hafiz Ramdan bagi meningkatkan lagi tahap dan juga kualiti permainan beliau. 5 pasukan di atas dilihat mampu untuk mencabar kejuaraan Liga Super musim hadapan.

    Apa pendapat anda mengenai 5 pasukan di atas ? Mampukah Hafiz meningkatkan tahap permainan beliau jika menyertai salah satu pasukan yang disebutkan ?

    Baca Juga: Pemain Primadona Perosak Keharmonian

    Leave a comment

    Your email address will not be published.