• Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan bahawa JDT akan terus membeli pemain terbaik bagi mengukuhkan pasukan. Di sini, kami senaraikan 5 pemain muda terbaik dalam Liga Malaysia yang boleh dibeli oleh JDT.

    1. Akhyar Rashid

    Sumber Gambar: Berita Terkini

    Akhyar merupakan pemain muda terbaik dalam saingan Liga Malaysia ketika ini. Pemain berusia 19 tahun ini dilihat mampu untuk menambahkan lagi bisa di jentera serangan pasukan JDT yang sudahpun memiliki Safawi Rasid di atas kemampuan beliau untuk menggelecek dan mengawal bola dengan baik.

    2. Nor Azam Azih

    Sumber Gambar: MFL

    Pemain tengah yang satu ini sememangnya dianggap sebagai pemain tengah terbaik dalam saingan Liga Malaysia setakat ini. Kualiti yang dimiliki oleh Azam boleh meningkatkan lagi kekuatan JDT di bahagian tengah.

    3. Irfan Zakaria

    Sumber Gambar: Goal.com

    Pemain Kuala Lumpur ini mampu untuk beraksi sebagai pemain tengah dan juga pemain pertahanan. Bersama skuad bawah 23 tahun, beliau diletakkan di bahagian pertahanan manakala ketika beraksi bersama KualaLumpur, Irfan diletakkan di bahagian tengah.

    Versatility yang dimiliki oleh Irfan dilihat mampu untuk memberikan kelebihan buat JDT.

    4. Syahmi Safari

    Sumber Gambar: FA Selangor

    Sama seperti Irfan Zakaria, Syahmi Safari juga mampu untuk beraksi di bahagian tengah dan juga pertahanan. Pemain berusia 19 tahun ini menunjukkan prestasi yang baik pada saingan Liga Malaysia musim 2018 untuk pasukan Selangor.

    5. Nik Akif Syahiran

    Sumber Gambar: Kelantan FA

    Nik Akif mempamerkan aksi yang baik ketika membantu skuad bawah 19 tahun negara memenangi AFF Bawah 19 Tahun dan juga membantu skuad bawah 23 tahun ketika temasya Sukan Asia 2018. Kualiti hantaran serta kawalan bola mampu untuk meningkatkan lagi kualiti bahagian tengah pasukan.

    Itulah 5 pemain muda yang boleh dibeli oleh Johor Darul Ta’zim jika mereka mahu mengukuhkan pasukan menjelang saingan musim 2019. Beraksi di Asian Champions League (ACL) membuatkan mereka perlu mempunyai barisan pemain yang berkualiti agar dapat membawa cabaran pasukan.

    Apa pendapat anda mengenai 5 pemain muda di atas ? Pemain manakah yang sesuai dengan sistem yang diamalkan oleh Johor Darul Ta’zim ketika ini ?

    Baca Juga: JDT Akan Terus Membeli Pemain

    Leave a comment

    Your email address will not be published.