• Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B.Sathianathan telah meminta bantuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membantu jurulatih tempatan yang mahu memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM60,000.

    Tambah Sathia, dengan berbaki dua tahun lagi sebelum syarat wajib kesemua jurulatih dalam saingan Liga Malaysia harus memiliki lesen Pro A dilaksanakan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), beliau berharap FAM dapat menyediakan bantuan berupa pinjaman modal kepada jurulatih tempatan kerana bukan semua jurulatih mampu untuk membayar kos yang telah ditetapkan.

    “Ketika ini untuk membuat lesen Pro A sangat mahal harganya lebih kurang RM60,000 dan ia tidak mampu untuk ditanggung oleh jurulatih kita.

    “Kalau boleh saya harap FAM dapat memberi pinjaman ataupun membiayai separuh dengan separuh lagi ditanggung pelatih sendiri. Ini adalah harapan kami di PJBM bagi melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang mempunyai lesen Pro A,” katanya kepada Berita Harian.

    Khidmat jurulatih tempatan khususnya jurulatih muda ketika ini semakin mendapat perhatian dan khidmat mereka oleh pasukan dalam saingan Liga Malaysia. Antara jurulatih muda yang menghiasi Liga Malaysia musim ini ialah ketua jurulatih pasukan Kelantan Yusri Che Lah dan ketua jurulatih pasukan Selangor, Nazliazmi Nasir.

    Ketika ini, PJBM sedang mengadakan seminar iaitu ‘The Modern Trends In Youth Development’ dimana seminar tersebut bermula pada hari ini sehingga Jumaat. Menurut B.Sathianathan, seminar kali ini sedikit berbeza di mana para peserta akan didedahkan dengan ilmu pengurusan, teori dan persediaan pasukan yang berorentasikan bola sepak moden.

    “Seminar ini bukan hanya dalam kelas semata-mata, tetapi kita juga akan bawa jurulatih untuk memerhatikan dan mengkaji perlawanan di AFC Bawah 16 Tahun yang sedang berjalan sekarang.

    “Ia bagi membolehkan mereka tahu apa yang dimaksudkan dengan bola sepak moden bagi dilaksanakan bersama pasukan negeri atau kelab masing-masing nanti,” kata ketua jurulatih pasukan FELDA United itu.

    Baca Juga: FAM Akan Pastikan Penjualan Tiket Berjalan Lancar

    Leave a comment

    Your email address will not be published.