• Pasukan Felda United diaibkan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan apabila merela dibelasah pasukan yang sudah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia, Melaka United dengan keputusan 6-1.

    Penyerang import Melaka, Ifedayo Olesegun beraksi dengan garang apabila beliau menjaringkan hatrik pada perlawanan semalam. Meskipun sudah tersingkir daripada saingan, namun para pemain Melaka dilihat mahu menutup saingan dengan kemenangan.

    Melaka menampilkan dominasi bermula daripada minit-minit awal permainan. Setelah menjaringkan gol pada minit ke-8, pemain Melaka tidak menoleh kebelakang dan terus menekan benteng pertahanan pasukan Felda.

    Felda United dilihat menampilkan aksi yang tidak bertenaga dengan membenarkan pemain lawan terus-menerus mengasak mereka. Perkara ini nyata mengejutkan memandangkan Felda menampilkan aksi yang bertenaga sepanjang perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini. Mungkin faktor telah layak ke suku akhir menjadi sebab utama mengapa mereka tampil dengan buruk semalam.

    Felda United bukan sahaja diaibkan semalam tetapi mereka juga kehilangan tempat pertama dalam kumpulan B kepada pasukan PKNS FC.

    Selain Ifedayo, Yahor Zubovich dan S.Chanturu juga menyinar apabila kedua-dua pemain menjaringkan tiga gol bagi melengkapkan kemenangan bergaya bagi Melaka.

    Satu lagi pasukan yang telah mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir, PKNS FC berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan bergaya apabila menewaskan PDRM FA dengan keputusan 5-0 semalam.

    Pemain import dari Brazil, Bruno Matos menjaringkan hatrik manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Jafri Firdaus Chew dan Faizat Ghazali.

    Pada perlawanan peringkat suku akhir nanti, PKNS FC akan bertemu naib juara kumpulan A iaitu pasukan Perak manakala Felda United pula akan menentang juara kumpulan A iaitu pasukan Terengganu FC.

    Apa yang pasti, perlawanan di peringkat suku akhir ini akan jauh lebih berbeza daripada perlawanan di peringkat kumpulan. Pasukan tidak boleh memandang rendah cabaran yang bakal diberikan oleh pasukan lawan.

    Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan Felda United dan PKNS FC untuk mara ke peringkat separuh akhir apabila mereka bakal menentang Terengganu FC dan Perak di peringkat suku akhir Piala Malaysia edisi 2018? Pasukan manakah yang akan layak?

    Baca Juga: Terengganu FC Juara Kumpulan A

    Leave a comment

    Your email address will not be published.