• Lim Teong Kim. Itulah nama yang selalu disebut dibibir pecinta bola sepak Malaysia sejak semalam setelah skuad bawah 16 tahun negara gagal untuk melepasi peringkat kumpulan temasya AFC Bawah 16 Tahun. Yang dipersoalkan oleh orang ramai ialah gaji yang diterima dan juga kredibiliti beliau sebagai Pengarah Teknikal program NFDP.

    Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atau YB Bro mendedahkan gaji yang diterima Teong Kim ialah sebesar RM 175,000 sebulan tanpa dikenakan cukai. Nilai tersebut bersamaan RM2.1 juta setahun, RM175,000 sebulan, RM43,750 seminggu, RM6250 sehari, RM260 sejam dan RM4.30 seminit. Masyukk.

    Syed Saddiq kemudiannya mahu menilai semula kontrak Teong Kim yang akan berakhir pada 2020 dan menuntuk agar bekas jurulatih pembangunan Bayern Munich ini supaya bertanggungjawab diatas kegagalan pasukan bawah 16 tahun negara.

    Berbalik kepada gaji yang diterima LTK, penulis melihat perkara ini tidak seharusnya dipersoalkan kerana Teong Kim mempunyai pengalaman dan juga kredibiliti yang tersendiri di atas pencapaian beliau bersama Bayern Munich sebelum ini.

    Harus diingat, untuk mengumpan keluar seorang pakar untuk meninggalkan keselesaan serta karier bersama kelab terkemuka Eropah seperti Bayern Munich, sudah pasti anda perlu meletakkan satu tawaran yang lumayan di atas meja bagi pakar tersebut bersetuju untuk membantu anda.

    Tugas Teong Kim bukan sahaja sebagai Pengarah Teknikal NFDP semata-mata. Namun beliau juga memegang jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan yang beraksi dalam AFC Bawah 16 Tahun baru-baru ini. Jadi penulis melihat, gaji yang diterima oleh LTK adalah satu jumlah yang munasabah melihat kepada bebanan dan juga pengalaman yang beliau miliki.

    Mungkin gaji yang diterima LTK dipersoalkan oleh sesetengah pihak yang menganggap dengan gaji tersebut, pasukan bawah 16 tahun negara harus melepasi cabaran di peringkat kumpulan sekaligus mara ke peringkat suku akhir.

    Akan tetapi, jika dilihat dari pelbagai sudut, gaji yang diterima setimpal dengan tanggungjawan yang harus dipikul oleh Lim Teong Kim.

    Apa pendapat anda mengenai gaji yang diterima oleh Lim Teong Kim ketika berkhidmat bersama NFDP ? Adakah gaji tersebut setimpal ? Ataupun tidak ?

    Baca Juga: Lim Teong Kim Individu Yang Tepat Terajui NFDP ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.