• Kemboja memulakan perlawanan dengan agresif apabila mereka memberi tekanan terhadap benteng pertahanan pasukan negara. Bahagian serangan Kemboja juga memberikan tekanan kepada barisan tengah dan juga benteng pertahanan negara dengan tidak membenarkan pemain Malaysia mengeluarkan bola daripada kawasan sendiri.

    Thierry Chanta-Bin berpeluang untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-5 namun sepakan percuma yang diambil hanya menggegar palang gol.

    Tekakan yang diberikan oleh pemain Kemboja membuahkan hasil apabila Soeuy Visel melepaskan satu voli menarik yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat sekaligus memberikan gol pendahuluan kepada pasukan tuan rumah.

    Pemain skuad negara dilihat sedikit bergelut dan kerap membuat kesilapan dengan membenarkan pemain lawan untuk mengasak mereka. Barisan serangan juga gagal untuk memberikan ancaman kepada barisan pertahanan lawan dan setiap gerakan yang dilancarkan mudah dibaca oleh pemain Kemboja. Separuh masa pertama tamat dengan pasukan tuan rumah berada di hadapan.

    Memasuki separuh masa kedua, Tan Cheng Hoe memasukkan Shahrel Fikri bagi memperkemaskan lagi jentera pasukan negara. Keputusan untuk membawa masuk Eki nyata keputusan terbaik apabila kehadiran penyerang Nakhon Ratchasima ini berjaya menghasilkan ancaman kepada barisan pertahanan lawan.

    Malaysia akhirnya memperoleh gol penyamaan apabila Shahrul Saad bijak untuk menolak masuk bola hasil daripada sepakan percuma yang diambil oleh Syazwan Andik. Setelah memperoleh gol penyamaan, pemain negara menggandakan usaha mereka bagi mencari gol kedua.

    Kerja keras pemain skuad kebangsaan akhirnya membuahkan hasil apabila Syazwan Andik menjaringkan gol kedua pasukan negara apabila beliau menanduk masuk bola hasil daripada hantaran lintang Shahrel Fikri. Eki membuat larian pantas di sebelah kanan sekaligus membuat hantaran yang disudahkan oleh Syazwan.

    Harimau Malaya melengkapkan kemenangan apabila Shahrel Fikri membuat rembatan deras sekaligus menewaskan penjaga gol Kemboja, Sou Yati.

    Kemenangan ke atas pasukan bimbingan Keisuke Honda ini sememangnya menjadi satu kemenangan yang dinanti setelah tewas kepada Taiwan para Jumaat lalu.

    Meskipun pada mulanya bergelut untuk menampilkan persembahan terbaik, namun pertukaran yang dilakukan berjaya memberikan perbezaan sekaligus memberikan kemenangan bagi Harimau Malaya.

    Baca Juga: Kemboja Tidak Gentar Dengan Malaysia – Keisuke Honda

    Leave a comment

    Your email address will not be published.