• Impian untuk melihat skuad bawah 16 tahun negara beraksi di Piala Dunia Remaja tahun hadapan kini lebur apabila pasukan bimbingan Lim Teong Kim tewas kepada pasukan Jepun dengan keputusan 2-0 sebentar tadi.

    Pasukan negara bermula dengan garang apabila mereka terus memberi tekanan kepada kubu pertahanan pasukan lawan. Namun, Jepun tenang menyerap segala asakan yang diberikan oleh pemain negara.

    Asakan yang diberikan oleh pemain negara nyata bersifat sementara apabila pemain Jepun mula mendominasi perlawanan. Asakan yang diberikan oleh Jepun membuahkan hasil apabila mereka membuka tirai jaringan menerusi Shoji Tayama pada minit ke-37.

    Tayama bijak mengambil kesempatan di atas kesilapan pemain negara yang gagal untuk mengeluarkan bola daripada kotak penalti. Separuh masa pertama tamat dengab Jepun berada di hadapan.

    Memasuki separuh masa kedua, pemain negara kembali menguasai perlawanan dimana mereka kerap memberikan asakan bertali arus terhadap benteng pertahanan pasukan Jepun. Namun, kegagalan barisan serangan untuk menyempurnakan peluang yang ada menyebabkan pasukan negara gagal untuk memperoleh jaringan.

    Ketika para pemain sedang asyik melancarkan serangan, Jepun berjaya menjaringkan gol kedua pada minit-minit akhir perlawanan apabila Hikaru Naruoka melepaskan satu rembatan kencang sekaligus menewaskan penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel. Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

    Dengan kekalahan kepada Jepun, harapan skuad bawah 16 tahun negara untuk beraksi di pentas Piala Dunia Remaja di Peru tahun hadapan lebur dan perjalanan mereka dalam temasya AFC Bawah 16 Tahun berakhir di peringkat kumpulan.

    Apa pendapat anda mengenai kekalahan pasukan Malaysia ke atas pasukan Jepun sebentar tadi? Adakah program NFDP bakal diteruskan tatkala mereka gagal untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan?

    Baca Juga: Misi Ke Piala Dunia Bermula Hari Ini

    Leave a comment

    Your email address will not be published.