• Isu tiket kembali menghantui suasana bola sepak Malaysia apabila penyokong terpaksa bersesak ketika mahu menyaksikan perlawanan diantara Malaysia bawah 16 tahun menentang pasukan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

    Dikhabarkan hanya satu pintu masuk sahaja yang dibuka dan perkara ini telah menyebabkan peminat terpaksa beratur panjang serta bersesaj untuk memasuki stadium. Bahkan masih lagi ada peminat yang beratur ketika perlawanan sudah bermula.

    Perkara ini nyata membangkitkan kemarahan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beliau mahukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memberikan perhatian terhadap masalah pengendalian tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Syed Saddiq yang turut meninjau situasi di perkarangan stadium itu berkata beliau akan berusaha bagi memastikan kejadian berkenaan merupakan yang terakhir berlaku di stadium berkenaan.

    Isu tiket bukanlah satu isu yang baru dalam arena bola sepak negara. Jika ada perlawanan besar seperti perlawanan akhir Piala FA ataupun Piala Malaysia serta perlawanan yang membabitkan pasukan kebangsaan, isu ini akan timbul dan ianya memberi kesusahan kepada para peminat yang hadir ke stadium.

    Dan apa yang lebih menghairankan, pengurusan stadium seperti tidak belajar daripada insiden yang berlaku di masa lalu dan mereka seolah-olah mengambil ringan terhadap isu ini.

    Apa yang pasti, pengurusan stadium perlu lebih cekap dalam mengendalikan penjualan tiket dan juga pintu masuk stadium bagi mengelakkan masalah ini berulang pada perlawanan antara Malaysia menentang pasukan Jepun pada Rabu ini.

    Sebagai tuan rumah, kita perlu menunjukkan yang kita mampu untuk menyediakan fasiliti terbaik kepada pasukan yang bertanding serta para peminat agar kembali mendapat kepercayaan untuk kembali menjadi tuan rumah untuk satu kejohanan besar pada masa akan datang.

    Apa pendapat anda mengenai isu pengendalian tiket pada perlawanan antara skuad bawah 16 tahun negara menentang pasukan Thailand semalam ? Apa yang boleh dilakukan oleh pengurusan stadium bagi mengelakkan masalah tersebut daripada berulang pada masa akan datang ?

    Baca Juga: Peluang Untuk Mara Masih Lagi Terbuka

    Leave a comment

    Your email address will not be published.