• Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan bahawa JDT akan terus membeli pemain selain bekerja keras untuk terus melahirkan pemain berkualiti.

    Baginda berkata demikian di laman media sosial pasukan iaitu Johor Southern Tigers. TMJ menambah pasukan beliau akan melakukan perubahan dengan memborong pemain baru sebagai persediaan untuk memgharungi saingan musim hadapan.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beberapa pemain daripada Johor Darul Ta’zim II akan dinaikkan pangkat ke pasukan utama kerana telah menunjukkan peningkatan yang ketara musim ini.

    “Kami sudah mula dapat melihat pembangunan yang berkembang dengan baik dan terdapat peningkatan positif untuk maju. Kami mempunyai dua pemain JDT II yang akan menyertai skuad utama JDT pada musim depan.

    “Walaupun sudah banyak perkembangan positif dicapai dalam sistem pembangunan, itu tidak akan menghentikan kami daripada terus mengambil pemain baharu dari negeri lain.

    “Kami tetap akan mencari pemain dan bakat dari negeri lain.

    “Kita lihat pasukan Bayern Munich, berapa ramai anak jati Bavaria yang bermain untuk kelab itu?. Berapa ramai anak jati Barcelona bermain dengan Barcelona?.

    “Berapa ramai anak jati Manchester yang bermain untuk Manchester City?. Berapa ramai anak jati Turin bermain untuk Juventus?. Berapa ramai anak jati Paris Saint Germain bermain untuk kelab berkenaan?.

    “Polisi kami lebih kurang sama dengan kelab besar yang lain. Kami bukan sahaja bekerja keras untuk melahirkan pemain, tetapi kami tetap akan membeli pemain.

    “Kepada sesiapa yang mahu kekal dalam mentaliti ‘anak jati’, sila bangga dengan apa yang anda ada, tetapi jangan sibuk mempersoalkan polisi kelab lain.”

    Untuk makluman, JDT akan beraksi dalam saingan Asian Champions League musim hadapan dan mereka perlukan pemain yang berkualiti bagi membawa cabaran pasukan.

    Apa pendapat anda mengenai hasrat Johor Darul Ta’zim yang mahu terus membeli pemain bagi mengukuhkan pasukan? Pemain manakah yang akan menyertai mereka pada saingan musim hadapan?

    Baca Juga: Kelantan Dan Johor Darul Ta’zim Mara Ke Peringkat Suku Akhir

    Leave a comment

    Your email address will not be published.