• Kegagalan skuad bawah 16 tahun negara untuk melepasi peringkat kumpulan temasya AFC Bawah 16 Tahun membuatkan peminat bola sepak Malaysia tidak senang duduk dan mula riot di media sosial.

    Ada yang menyalahkan NFDP, ada yang menyalahkan Lim Teong Kim bahkan ada juga yang menyalahkan FIFA kerana memberikan Anugerah Puskas kepada Mohamed Salah. Macam-macam lah!

    Pada perlawanan menentang Jepun semalam, tekanan sememangnya berada di bahu pemain negara kerana mereka wajib menang untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir sekaligus menghidupkan peluang untuk beraksi di Piala Dunia Remaja di Peru tahun hadapan.

    Namun, harapan peminat yang mahu menyaksikan anak-anak buah Lim Teong Kim menewaskan pasukan Jepun tidak kesampaian apabila mereka tunduk dengan keputusan 2-0. Dengan ini, impian untuk ke Piala Dunia terkubur bersama impian-impian lain sebelum ini.

    Kegagalan skuad bawah 16 tahun ini nyata memberikan satu impak yang begitu besar dalam diri peminat bola sepak Malaysia terutamanya “pakar” yang telah mengikuti perkembangan NFDP sejak mula ditubuhkan pada 2014.

    “Pakar” ini berpendapat Lim Teong Kim adalah individu yang harus dipersalahkan kerana beliau merupakan Pengarah Teknikal NFDP dan menerima gaji yang tinggi setiap bulannya. Berapa gaji LTK penulis tak mau bagi tau. Korang Google sendiri.

    Selang dua jam setelah Malaysia terkeluar, FAM mengumumkan bahawa mereka memecat LTK daripada jawatan ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun negara dan nasib bekas pemain Hertha Berlin ini diserahkan kepada Kementrian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

    Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan jaminan bahawa program NFDP ini tidak akan dihentikan dan hanya menghadapi penstrukturan semula.

    Apa saja penstrukturan yang bakal dilakukan nanti, penulis berharap pemain sedia ada mempunyai hala tuju yang jelas kerana mereka merupakan pemain harapan negara pada masa akan datang. Jadikan kegagalan hari ini sebagai pembakar semangat untuk jadi lebih baik pada masa akan datang.

    Dan penulis di sini nak ingatkan persatuan bola sepak negeri yang anda semua perlu membuka mata dan mula menubuhkan pasukan akar umbi anda sendiri.

    Sampai bila nak harapkan NFDP hasilkan pemain akar umbi yang berkualiti ? Sampai Abang Jamil kau mampus ke ? Sampai Liverpool menang EPL ke ?

    Baca Juga: NFDP Akan Distruktur Semula

    Leave a comment

    Your email address will not be published.