• Kelantan bakal turun tanpa kelibat pemain pertahanan kental, Ahmad Haziq Puad pada perlawanan menentang Sabah esok dimana pemain ini digantung satu perlawanan setelah mengutip tiga kad kuning.

    Haziq dilayangkan kad kuning ketika Kelantan menewaskan pasukan Kedah pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan perkara ini nyata menggusarkan ketua jurulatih, Yusri Che Lah kerana Haziq tampil dengan cemerlang sejak diberi tanggungjawab mengawal benteng pertahanan pasukan.

    “Sejak diberi kepercayaan mengemudi benteng bersama Farisham (Ismail), Haziq bermain dengan cemerlang dalam semua perlawanan dan antara faktor gawang kami sukar dibolosi.

    “Ketiadaan Ahmad Haziq sudah pasti sedikit sebanyak akan membuat benteng pertahanan kami goyah. Cuma, saya berharap pemain yang bakal diturunkan dapat menampung kekosongan ditinggalkan Haziq,” katanya kepada Berita Harian.

    Penting untuk Kelantan memastikan pintu gol mereka tidak dibolosi kerana satu gol di tempat lawan yang diperolehi oleh Sabah mampu menyingkirkan mereka dari saingan Piala Malaysia 2018.

    Namun, untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku, barisan pertananan Kelantan akan berdepan dengan tugas berat dimana barisan serangan Sabah beraksi dengan baik apabila menjaringkan 8 gol setakat ini.

    Yusri menambah anak-anak buah beliau tidak boleh memandang rendah dengan keupayaan pasukan lawan meskipun mereka datang dari saingan Liga Perdana. Sabah berjaya muncul juara kumpulan D di mana dalam kumpulan tersebut terdapat juara 33 kali, Selangor, bekas juara iaitu pasukan Pahang dan satu lagi pasukan Liga Super, PKNP FC.

    Beliau memberi bayangan akan menurunkan barisan sama ketika mengalahkan pasukan Kedah minggu lalu dengan corak bertahan serta kepantasan menyerang menjadi senjata utama yang bakal digunakan.

    “Misi kami adalah mahu menang walaupun hanya dengan satu gol. Tapi, amat penting tidak dibolosi kerana jaringan di tempat lawan boleh menjadi penentu,” katanya.

    Apa pendapat anda mengenai peluang Kelantan dalam perlawanan peringkat suku akhir pertama menentang Sabah pada Ahad ini ? Mampukah barisan muda The Red Warriors mengekalkan rentak cemerlang mereka sekaligus mara dengan lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia edisi 2018 ?

    Baca Juga: Pemain Tidak Boleh Dibuai Mimpi – Bibi Ramjani

    Leave a comment

    Your email address will not be published.