• Jurulatih pasukan kebangsaan Kemboja, Keisuke Honda berkata pasukan bimbingan beliau tidak gentar dengan cabaran yang akan diberikan oleh skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan hari ini.

    Walaupun baru enam hari mengendalikan sesi latihan pasukan, bintang Jepun itu percaya beliau memiliki pemain yang berpotensi besar dan mampu untuk mencabar.

    “Kami tidak sabar untuk bertemu Malaysia. Kami sudah menjalani latihan dalam beberapa hari dan saya percaya kami memiliki pemain yang bagus, berpengalaman dan muda.

    “Memang bukan mudah untuk meraih kemenangan ke atas Malaysia tapi kami tidak gentar. Saya jangkakan perlawanan yang sukar tapi akan cuba yang terbaik,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Keisuke Honda yang pernah membantu Jepun memenangi temasya Piala Asia pada 2011 bersetuju untuk membimbing Kemboja meskipun beraksi bersama Melbourne Victory yang bakal memulakan kempen Liga Australia pada Oktober depan.

    Kehadiran Keisuke Honda yang merupakan bekas pemain AC Milan dan menjaringkan gol dalam tiga kempen Piala Dunia 2010, 2014 dan 2018 nyata memberikan harapan baru kepada peminat dan juga bola sepak Kemboja sendiri.

    “Saya mahu anda semua (penyokong) bertenang. Fokus utama adalah untuk memastikan pemain kita terus meningkat. Saya percaya kita memiliki pemain yang berpotensi,” katanya.

    Apa yang pasti, pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe perlu mencatat keputusan positif dalam perlawanan hari ini setelah tunduk kepada pasukan Taiwan pada perlawanan Jumaat lalu.

    Kami berpendapat Cheng Hoe akan membuat beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan dimana pemai yang tidak diturunkan pada perlawanan menentang Taiwan berkemungkinan besar akan diturunkan hari ini.

    Akhyar Rashid dan Shahrel Fikri Fauzi dilihat bakal mengetuai jentera serangan. Kedua-dua pemain ini hanya diturunkan pada separuh masa kedua pada perlawanan Jumaat lalu.

    Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan kebangsaan untuk meraih keputusan positif pada perlawanan menentang Kemboja hari ini? Mampukah anak-anak buah Tan Cheng Hoe memperbaiki segala kelemahan yang ada sekaligus menewaskan Kemboja yang dibimbing oleh Keisuke Honda buat pertama kali?

    Baca Juga: Tidak Boleh Mengulangi Kesilapan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.