• Ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun negara, Lim Teong Kim berkata bahawa beliau tidak gusar dengan ketiadaan penjaga gol nombor satu negara, Sikh Izhan Nazrel pada perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang pasukan Thailand.

    Sikh Izhan dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Tajikistan semalam dimana beliau mengasari pemain Tajikistan di dalam kotak penalti. Walaupun beraksi dengan 10 pemain pada 5 minit terakhir permainan, skuad bawah 16 tahun negara berjaya memenangi perlawanan semalam dengan keputusan besar 6-2.

    Jelas Lim Teong Kim, beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada penjaga gol gantian untuk menampilkan aksi terbaik pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.

    Pada masa yang sama, Teong Kim juga menegaskan bahawa beliau tidak menyalahkan Sikh Izhan sebaliknya iamua satu kesilapan dan mahukan Sikh untuk menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran.

    “Saya sudah katakan semalam (kelmarin) bahawa mereka ini masih budak-budak. Dia beraksi dengan baik namun satu kesilapan dilakukannya tetapi pada saya, ia bukanlah satu masalah.

    “Ini sebahagian daripada proses pembelajaran dan mereka dibenarkan untuk membuat kesilapan. Sudah tentu mereka akan bangkit dan memperagakan persembahan lebih baik.

    “Kami masih ada pemain tidak kurang hebatnya dan sama bagus dengan Sikh Izhan. Kami memiliki kelompok pemain yang baik dan tidak hanya bergantung kepada seorang pemain,” katanya kepada Berita Harian.

    Sikh Izhan dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas beliau melakukan terjahan keras terhadap pemain Tajikistan, Soirov Rustam pada minit ke-87. Terjahan Sikh telah menyebabkan Soirov terpaksa dikeluarkan pada minit-minit akhir permainan.

    Layangan kad merah yang dikenakan terhadap Sikh Izhan Nazrel menyebabkan beliau tidak dapat diturunkan pada perlawanan kedua peringkat kumpulan A menentang Thailand pada Ahad ini.

    Apa pendapat anda mengenai prestasi Sikh Izhan Nazrel pada perlawanan menentang pauskan Tajikistan semalam? Mampukah penjaga gol simpanan menampilkan aksi yang bertenaga sekaligus mengelakkan pintu gawang negara daripada dibolosi pasukan lawan pada perlawanan akan datang?

    Baca Juga: Skuad Bawah 16 tahun Mengamuk Di Bukit Jalil

    Leave a comment

    Your email address will not be published.