• Pasukan negara akan menghuni Liga C sekiranya hasrat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk mengadakan Liga Negara-Negara direalisasikan.

    Menurut laporan Berita Harian, analisis tersebut dibuat berdasarkan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi semua 46 negara di rantau Asia.

    “Ketika ini, Liga Negara-Negara Eropah menggunakan mekanisme 12-12-15-16 untuk membahagikan pasukannya dalam empat liga mini, namun AFC mungkin perlu menggunakan format 12-12-12-10 memandangkan jumlah bilangan negara yang kurang berbanding Eropah.

    “Menerusi ranking semasa FIFA, 12 pasukan terbaik Asia yang akan membarisi Liga A adalah Iran, Australia, Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Syria, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Lubnan, Oman, Iraq serta Republik Krygyz.

    “Senarai 12 pasukan terbaik seterusnya yang akan membarisi Liga B adalah Uzbekistan, India, Qatar, Palestin, Vietnam, Korea Utara, Jordan, Bahrain, Filipina, Tajikistan, Thailand dan Taiwan.

    “Liga C akan dibarisi pasukan di ranking ke-25 sehingga ranking ke-36 membabitkan penyertaan Turkmenistan, Yaman, Myanmar, Hong Kong, Afghanistan, Maldives, Kuwait, Nepal, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

    “Baki 10 pasukan iaitu Laos, Bhutan, Macau, Mongolia, Guam, Timor Leste, Bangladesh, Brunei, Sri Lanka dan Pakistan pula melengkapkan Liga D.

    “Semua pasukan dalam setiap liga akan diundi untuk mengisi empat kumpulan kecil (1, 2, 3, 4) kecuali Liga D yang menampilkan tiga kumpulan sahaja sekali gus menyaksikan Malaysia berpeluang besar untuk mengelak bertemu negara Asia Tenggara selepas undian dijalankan nanti.”

    Semalam, FAM menyatakan sokongan kepada hasrat AFC untuk mengadakan kejohanan Liga Negara-Negara yang ketika ini sedang berlangsung di Eropah. AFC percaya format yang digunakan oleh UEFA boleh digunakan di rantau Asia.

    Cadangan ini turut disokong oleh Setiausaha AGung AFC, Datuk Windsor Paul John yang mengatakan beliau tidak menolak sebarang kemungkinan menggunakan format sama seperti yang digunakan oleh UEFA. Namun perlu membincangkan dengan lebih lanjut kerana ianya masih lagi di peringkat awal.

    Apa pendapat anda mengenai hasrat AFC untuk mengadakan Liga Negara-Negara dengan menggunakan format yang digunakan oleh UEFA ketika ini ? Adakah Liga Negara-Negara ini mampu untuk meningkatkan mutu bola sepak Asia ?

    Baca Juga: Senarai Kejohanan Harimau Malaya Pada Tahun 2018

    Leave a comment

    Your email address will not be published.