• Pemain tengah import pasukan Kedah, Liridon Krasniqi sekali lagi menjadi tumpuan peminat bola sepak Malaysia apabila beliau menggelar bekas ketua jurulatih pasukan, Mohd Nidzam Adzha Yusoff dengan gelaran “Pu**y”. Kasar betul gelaran tu.


    Sumber Gambar: Instagram Liridon Krasniqi

    Dalam satu status di Instagram story milik beliau, Liridon menyelar tindakan Nidzam yang meninggalkan pasukan ketika Kedah berada dalam prestasi yang tidak begitu baik. Untuk makluman, Nidzam Adzha digantikan oleh Azzmi Abdul Aziz setelah Kedah bermula dengan buruk dalam saingan Piala Malaysia 2018. Kedah seri dengan Kelantan kemudiannya dibelasah oleh JDT di Larkin.

    Selain itu, Mat Don juga mengatakan tindakan Nidzam yang membuat kenyataan mengenai pemain kepada media merupakan sesuatu yang hanya mampu dilakukan oleh Nidzam. Tambah Liridon, meskipun Nidzam meninggalkan pasukan, namun Kedah masih lagi mampu untuk beraksi dengan baik.

    Status yang dimuat naik oleh Liridon ini sedikit sebanyak mengundang rasa tidak senang para peminat bola sepak tanah air khususnya peminat pasukan Kedah. Ini kerana beliau merupakan pemain yang selalu mendapat perhatian dan juga role model kepada peminat terutamanya kanak-kanak.

    Selain itu, kedudukan beliau sebagai pemain profesional dalam saingan Liga Malaysia membuatkan Liridon tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sebegitu walaupun beliau mempunyai masalah peribadi dengan Nidzam.

    Sebelum ini, Liridon mendapat perhatian peminat setelah beliau menggelar diri sebagai legenda pasukan Kedah dalam satu kenyataan di Instagram milik pemain daripada Kosovo ini. Kenyataan yang dikeluarkan Liridon nyata menerima persepsi yang berbeza daripada peminat.

    Apa yang pasti, nasib Liridon Krasniqi bersama pasukan Kedah masih lagi belum diketahui sama ada beliau akan dikekalkan pada saingan Liga Malaysia musim hadapan atau akan digantikan dengan pemain import lain yang berwibawa.

    Apa pendapat anda mengenai status Liridon yang menyelar bekas ketua jurulatih pasukan Kedah, Nidzam Adzha Yusoff dengan gelaran Pu**y ? Wajarkah pemain profesional seperti beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian mengenai bekas ketua jurulatih pasukan ?

    Baca Juga: Layakkah Liridon Krasniqi Digelar Sebagai Legenda Kedah

    Leave a comment

    Your email address will not be published.