• Hajat skuad bawah 16 tahun negara yang mahu beraksi dalam temasya Piala Dunia Remaja di Peru tahun hadapan akan ditentukan hari ini apabila pasukan bimbingan Lim Teong Kim akan turun menentang pasukan Jepun.

    Setelah tewas kepada pasukan Thailand pada perlawanan kedua peringkat kumpulan A Ahad lalu, tiada pilihan lain bagi pasukan muda negara selain menewaskan Jepun sekaligus mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir.

    Kedudukan dalam kumpulan A ketika ini menyaksikan Jepun berada di puncak dengan empat mata sementara pasukan negara berada di kedudukan kedua dengan mempunyai mata yang sama dengan pasukan Thailand yang berada di tangga ketiga. Manakala satu lagi pasukan, Tajikistan menghuni tangga tercorot dengan hanya mengutip satu mata.

    Melihat kepada kedudukan semasa, jika Thailand hanya mampu seri ketika menentang pasukan Tajikistan manakala pasukan negara juga mencatat keputusan yang sama, maka skuad bawah 16 tahun negara akan mengiringi Jepun ke peringkat suku akhir.

    Meskipun berada di tangga tercorot, keupayaan Tajikistan mengikat pasukan Jepun pada Ahad lalu tidak boleh dipandang rendah dan mereka dilihat mampu untuk mengejutkan pasukan Thailand. Andai pasukan negara tewas hari ini, manakala Tajikistan mencatat kemenangan, maka Tajikistan akan mengiringi Jepun ke suku akhir.

    Apa yang pasti, meskipun turun tanpa penjaring terbanyak pasukan, Luqman Hakim Shamsudin hari ini kerana layangan kad merah pada perlawanan menentang Thailand tempoh hari, namun perkara tersebut diharap tidak menggganggu fokus para pemain bagi memberikan cabaran yang sengit kepada pasukan Jepun.

    Hanya kemenangan yang akan memastikan langkah skuad bawah 16 tahun negara tidak terhenti di saingan peringkat kumpulan sekaligus menghidupkan semula peluang untuk beraksi dalam temasya Piala Dunia Remaja yang akan diadakan di Peru tahun hadapan.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan bawah 16 tahun negara menentang Jepun hari ini ? Mampukah anak-anak buah Lim Teong Kim mencatat tiga mata penuh sekaligus mara ke peringkat suku akhir temasya AFC Bawah 16 Tahun edisi 2018 ?

    Baca Juga: FAM Akan Pastikan Penjualan Tiket Lancar

    Leave a comment

    Your email address will not be published.