• Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan program National Fottball Development Program (NFDP) tidak akan dibubarkan sebaliknya akan menjalani penstrukturan semula bagi memastikan program tersebut boleh berjaya pada masa dakan datang.

    Syed Saddiq juga mendedahkan tentang perbelanjaan yang dikeluarkan bagi menampung operasi program tersebut sejak ditubuhkan pada 2014.

    “Kita sudah membelanjakan berpuluh juta ringgit namun masih di sini. Jelas perlu ada penstrukturan semula kerana kita tidak berada pada kedudukan yang selesa atau selamat. Banyak yang perlu dilakukan.

    “Kita tidak boleh menghentikan NFDP kerana ia adalah program yang bagus. Ia pembangunan akar umbi yang membabitkan seluruh negeri. Namun perlu ada penstrukturan semula dan perbincangan rapi bersama pihak berkepentingan untuk melangkah ke depan,” katanya kepada Berita Harian.

    Kos yang disebutkan oleh Syed Saddiq belum termasuk kos pembinaan Akademi Mokhtar Dahari di Gambang yang siap sepenuhnya pada tahun lalu.

    Tambah Syed Saddiq, satu jawatankuasa khas membabitkan NFDP, Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak berkepentingan lain termasuk bakal penaja akan bertemu pada 15 Oktober nanti bagi membincangkan hala tuju program tersebut.

    Ramai pihak yang mula mempersoalkan kewujudan NFDP setelah skuad bawah 16 tahun negara yang rata-rata dibarisi oleh pemain daripada program tersebut gagal untuk melepasi saingan peringkat kumpulan temasya AFC Bawah 16 Tahun.

    Sasaran utama yang diletakkan di bahu NFDP ketika ditubuhkan ialah layak ke Piala Dunia Remaja di Peru tahun hadapan. Namun, sasaran tersebut gagal untuk dicapai.

    Apa yang pasti, program NFDP perlu diteruskan kerana program ini merupakan satu-satunya harapan untuk melahirkan pemain akar umbi yang berkualiti tinggi dan mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan-pasukan besar.

    Apa pendapat anda mengenai perancangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menstruktur semula program NFDP ? Adakah dengan penstrukturan semula ini, program tersebut mampu untuk ditingkatkan kualitinya dan terus menghasilkan pemain akar umbi yang mempunyai kualiti tinggi ?

    Baca Juga: Lim Teong Kim Dipecat

    Leave a comment

    Your email address will not be published.