• Juara Piala FA 2018, Pahang gagal untuk menyekat kebangkitan yang dilakar oleh pasukan Selangor sekaligus membenarkan juara 33 kali itu mencatat kemenangan pertama dalam saingan Piala Malaysia edisi 2018.

    Pasukan bimbingan Dollah Saleh itu berpeluang untuk msra ke peringkat suku akhir selaku juara kumpulan D. Namun, segalanya serba tidak menjadi bagi juara edisi 2014 ini.

    Selangor membuka tirai jaringan menerusi penjaring terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia apabila beliau bijak untuk memanfaatkan bola yang terlepas daripada kawalan penjaga gol pihak lawan, Remezey Che Ros.

    Memasuki pertengahan separuh masa pertama, Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Ashmawi Yakin dilayangkan kad merah setelah pemain muda ini mengasari Mohamadou Sumareh. Safuwan Baharuddin kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-31. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan seri.

    Memasuki separuh masa kedua, Selangor dilihat lebih garang berbanding pasukan tuan rumah apabila mereka dilihat menanpilkan beberapa gerakan menarik. Kerja keras yang ditunjukkan oleh pemain Selangor membuahkan hasil apabila Willian Pacheco menjaringkan gol kedua Selangor setelah pertahanan tinggi lampai ini menolak masuk bola ketika keadaan sedikit kucar-kacir di hadaoan pintu gol Pahang.

    Tersentak dengan gol kedua Selangor, Pahang meningkatkan tempo permainan mereka dan mempunyai peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Austin Amutu. Namun percubaan bekas penyerang Kelantan ini tidak menepati sasaran.

    Pada minit-minit terakhir perlawanan, K.Sarkunan menjaringkan gol ketiga pasukan Selangor sekaligus menghadiahkan kemenangan sulung Rrd Giants dalam saingan Piala Malaysia 2018.

    Kekalahan semalam membuatkan Pahang gagal untuk memintas pasukan Sabah yang kini menjadi pendahulu kumpulan D dengan kutipan 10 mata, dua mata dibezakan pasukan Pahang yang kini menduduki tangga kedua.

    Pahang juga berisiko untuk kehilangan kedudukan tangga kedua sekiranya PKNP FC berjaya menewaskan pasukan Sabah malam ini.

    Manakala bagi Selangor pula, meskipun sudah tersingkir namun mereka mahu mengakhiri saingan Piala Malaysia 2018 dengan keputusan positif.

    Apa pendapat anda mengenai kebangkitan yang ditunjukkan pasukan Selangor pada perlawanan menentang Pahang semalam? Mampukah pasukan yang dibarisi oleh majoritinya pemain muda ini mengekalkan momentum kemenangan?

    Dan apa yang harus diperbaiki oleh Pahang bagi mengelakkan kekalahan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan?

    Baca Juga: Mampukah Selangor Mengekalkan Rufino Segovia

    Leave a comment

    Your email address will not be published.