• Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan menasihati para pemain agar tidak leka dibuai mimpi dengan kejayaan mara ke peringkat suku akhir dan memberikan sepenuh perhatian kepada perlawanan menentang Sabah nanti.

    Bibi berkata demikian kerana pasukan Sabah menampilkan aksi yang cukup bertenaga dimana mereka berjaya muncul juara Kumpulan D yang dibarisi oleh bekas juara seperti Pahang dan Selangor serta satu lagi pasukan Liga Super, PKNP FC.

    “Jika kita lihat aksi dalam Liga Malaysia, mereka (Sabah) mencatatkan kemenangan empat perlawanan sebelum layak ke suku akhir dan ia satu keputusan yang memaksa kami (Kelantan) berkerja keras untuk menewaskan pasukan itu,” katanya kepada Kosmo.

    Kelantan berjaya mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir setelah menewaskan pasukan Kedah dengan keputusan 2-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan C. Kemenangan tersebut membolehkan Kelantan berada di tempat kedua dibelakang Johor Darul Ta’zim.

    Tambah Bibi, walaupun Sabah tewas pada perlawanan terakhir kumpulan, namun perkara tersebut tidak bermakna Kelantan bakal berdepan laluan mudah pada perlawanan suku akhir nanti.

    “Walaupun Sabah kalah 0-4 kepada Pahang, bagi saya itu bukan kekuatan mereka, jadi saya merasakan suku akhir kami bukan laluan mudah dan perlawanan itu memerlukan kesungguhan serta tekad yang perlu ditunjukkan pemain seperti ketika bertemu Kedah tempoh hari.

    “Pemain tidak boleh leka dan dibuai dengan kejayaan layak ke suku akhir, bola sepak sesuatu kerja yang sentiasa bergerak pantas, kita harus terus berlatih.”

    “Pemain perlu mempersiapkan diri dengan memperbaiki kelemahan yang dimiliki bagi memperolehi kemenangan pada perlawanan itu,” kata beliau.

    Perlawanan peringkay suku akhir akan bermula Jumaat ini dimana Terengganu FC akan menentang Felda United pada Jumaat. Kelantan akan menentang Sabah pada Sabtu. Johor Darul Ta’zim akan menentang Pahang pada Ahad dan Perak akan menentang PKNS FC pada Selasa.

    Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan Kelantan pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2018 menentang pasukan Sabah ? Mampukah mereka mengulangi semula kejayaan pada edisi 2012 dimana mereka muncul sebagai juara ?

    Baca Juga: Yusri Tak Sangka Bawa Kelantan Ke Suku Akhir

    Leave a comment

    Your email address will not be published.