• Pasukan Perak mahu membalas dendam di atas kekalahan 4-3 kepada Terengganu FC pada 11 Ogos lalu apabila kedua-dua pasukan bakal berentap malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.

    Ketua pasukan Perak, Nasir Basharuddin berkata beliau dan rakan-rakan mahu menebus kekalahan yang dialami ketika beraksi di Ipoh.

    “Memang kami pergi dengan misi menebus kekalahan di Ipoh. Jika Terengganu datang ke Ipoh dan boleh kalahkan kami kenapa kami tidak boleh lakukan yang sama di tempat mereka.

    “Saya yakin rakan sepasukan tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak perlu diberitahu lagi,” katanya ketika ditemui Berita Harian.

    Terengganu FC sudahpun mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat suku akhir akhir dan ini bermakna ada satu lagi slot yang akan direbutkan oleh Perak dan juga Kuala Lumpur.

    “Kedudukan kami belum terjamin biarpun menduduki tangga kedua dalam kumpulan. Kami perlu menang malam esok bagi memastikan kemaraan,” tambah pemain kebangsaan itu.

    Nasir juga mengatakan kelemahan pasukan terletak di bahagian serangan kerana banyak peluang yang disia-siakan sekaligus tidak berjaya menghasilkan jaringan.

    “Masalah Perak adalah ketumpulan jentera serangan dimana kami mencipta banyak peluang tetapi tidak menyudahkannya dengan baik. Saya harap gejala itu tidak berulang lagi dan jentera serangan berfungsi dengan baik malam esok,” tambah beliau.

    Apa yang pasti, Perak wajib mencatat kemenangan ke atas Terengganu FC bagi memastikan kemaraan mereka ke peringkat suku akhir. Perak kini menduduki tangga kedua dengan kutipan 7 mata, 4 mata di hadapan pasukan Kuala Lumpur.

    Jika tewas, maka kedudukan Perak di tangga kedua boleh digugat oleh Kuala Lumpur andai mereka menewaskan Felcra FC malam ini.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Perak menentang Terengganu FC? Mampukah anak-anak buah Mehmet Durakovic melunaskan dendam ke atas anak-anak buah Irfan Bakti sekaligus mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir?

    Atau Terengganu FC terlalu bagus bagi naib juara Liga Super musim 2018 ini?

    Baca Juga: Shahrel Mahu Terus Beraksi Di Thailand

    Leave a comment

    Your email address will not be published.