• Peminat bola sepak Malaysia masih lagi membincangkan mengenai program NFDP sama ada mereka dianggap gagal ataupun sebaliknya. Di sini, penulis mahu berkongsi dengan anda beberapa faktor yang menentukan sama ada NFDP ini gagak ataupun tidak.

    Penulis berpendapat NFDP tidak gagal meskipun mereka tidak berjaya untuk menepati sasaran yang telah ditetapkan iaitu layak ke Piala Dunia Remaja di Peru tahun hadapan. Harus kita ingat, pemain yang diturunkan pada temasya AFC Bawah 16 Tahun kali ini merupakan batch pertama daripada program NFDP. Takkanlah kita nak nilai walhal ini baru kelompok pemain pertama yang dihasilkan oleh NFDP ? Tak adil.

    Tambahan pula, temasya AFC Bawah 16 Tahun merupakan ujian pertama bagi pemain NFDP dan sudah pastu kita tidak boleh menilai prestasi mereka berdasarkan satu pertandingan sahaja.

    Sesebuah progran pembangunan pemain di peringkat akar umbi sememangnya satu proses yang sangat panjang dan juga memakan masa. NFDP baru berusia empat tahun dan kita sudah kecoh tak ingat dunia jika mereka gagal untuk menepati sasaran yang telah ditetapkan.

    Bagi penulis, program NFDP ini layak untuk dianggap sebagai gagal jika para pemain yang dilahirkan oleh mereka tidak beraksi di peringkat tertinggi dan gagal untuk membantu pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

    Selain itu, NFDP akan dikira sebagai kegagalan jika mereka tidak berjaya untuk menghasilkan pemain akar umbi berkualiti seperti sekarang pada masa akan datang.

    Apa yang patut kita lakukan sekarang ialah memberikan sokongan penuh kepada program NFDP ini bagi memastikan mereka terus melahirkan pemain akar umbi yang berkualiti dan mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

    Apa pendapat anda mengenai program NFDP setelah kegagalan skuad bawah 16 tahun negara untuk mara ke peringkat separuh akhir dalam temasya AFC Bawah 16 Tahun? Adakah program ini wajar dianggap sebagai kegagalan?

    Atau ini baru ujian pertama dan mereka masih lagi mempunyai perjalanan yang panjang?

    Baca Juga: Gaji Lim Teong Kim Dipertikaikan, Wajarkah?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.