• Hari ini pasukan negara akan menentang pasukan Taiwan dalam satu perlawanan persahabatan bagi persediaan menghadapi Piala AFF Suzuki hujung tahun ini. Di sini, kami menyenaraikan kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh Tan Cheng Hoe pada perlawanan malam ini.

    1. Farizal Marlias

    Sumber Gambar: Today Online

    Setelah lama menyepi daripada mewakili pasukan negara, Farizal Marlias akhirnya kembali dipanggil bagi mengawal pintu gol negara. Reputasi sebagai penjaga gol terbaik Liga Super 2018 akan mengukuhkan tempat Farizal dalam kesebelasan utama.

    2. Amirul Azhan Aznan

    Sumber Gambar: Perak TBG

    Amirul beraksi dengan baik bersama pasukan Perak musim ini. Sebelumnya, beliau beberapa kali dipanggil namun hanya diturunkan sebanyak dua kali dalam kesebelasan utama.

    3. Irfan Zakaria

    Sumber Gambar: Goal.com

    Irfan menampilkan aksi cemerlang pada temasya Sukan Asia 2018 lalu. Beliau juga menampilkan aksi yang sama ketika mewakili pasukan senior sebelum ini.

    4. Shahrul Saad

    Sumber Gambar: Goal.com

    Shahrul menjadi pilihan Tan Cheng Hoe dalam tiga perlawanan antarabangsa terakhir. Pemain pertahanan Perak ini juga menampilkan gandingan yang serasi bersama Irfan Zakaria di bahagian pertahanan.

    5. Fazly Mazlan

    Sumber Gambar: FAM

    Fazly dianggap sebagai left back terbaik yang dimiliki oleh negara ketika ini. Beliau kembali dipanggil setelah Tan Cheng Hoe mengambil alih posisi sebagai ketua jurulatih.

    6. Akram Mahinan

    Sumber Gambar: Zam Zainal / www.asiana.my

    Akram menampilkan aksi yang bertenaga ketika perlawanan menentang Bhutan dan juga Fiji tempoh hari. Beliau dilihat bakal menjadi pilihan Cheng Hoe di bahagian tengah.

    7. Mahali Jasuli

    Sumber Gambar: Stadium.my

    Mahali diletakkan di bahagian tengah oleh Cheng Hoe pada perlawanan menentang Bhutan. Beliau berjaya membentuk satu gandingan yang mantap bersama Akram bagi memberikan perlindungan kepada Nazmi Faiz dan bahagian pertahanan.

    8. Nazmi Faiz Mansor

    Sumber Gambar: FAM

    Tiada pemain lain yang lebih sesuai untuk mengisi peranan sebagai perancang utama pasukan negara selain Nazmi Faiz Mansor.

    9. Shahrel Fikri Fauzi

    Sumber Gambar: Nakhon Ratchasima

    Selain mampu untuk beraksi sebagai penyerang utama, Shahrel juga mampu untuk beraksi sebagai pemain sayap. Beliau merupakan calon yang sesuai untuk mengisi posisi sayap kanan pasukan negara.

    10. Zaquan Adha

    Sumber Gambar: Berita Harian

    Zaquan beraksi dengan baik apabila beliau menjaringkan empat gol pada perlawanan menentang Bhutan April lalu. Selain bakal diturunkan sebagai penyerang utama, kami berpendapat Zaquan bakal diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan.

    11. Akhyar Rashid

    Sumber Gambar: ISMAWeb

    Posisi sayap kiri sudah pasti akan diisi oleh Akhyar yang menampilkan aksi yang cemerlang pada temasya Sukan Asia 2018 lalu.

    Itulah dia kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh Tan Cheng Hoe pada perlawanan menentang Taiwan hari ini. Penting untuk pasukan negara mengutip keputusan positif bagi memastikan skuad kebangsaan berada pada keadaan terbaik menuju temasya Piala AFF Suzuki nanti.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan Malaysia menentang Taiwan hari ini ? Mampukah skuad kebangsaan mengutip keputusan positif ?

    Baca Juga: Siapa Yang Layak Mengisi Jentera Tengah Pasukan Negara ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.