• Penyerang import pasukan Selangor, Rufino Segovia berjaya melebarkan jumlah jaringan beliau dalam semua pertandingan Liga Malaysia musim ini apabila menjaringkan gol ke-30 ketika Selangor menewaskan Pahang semalam.

    Meskipun Selangor hanya mengutip satu kemenangan dalam saingan Piala Malaysia edisi 2018, namun Rufino berjaya meneruskan rentak jaringan beliau dimana penyerang dari Sepanyol ini menjaringkan dua gol.

    Sebelumnya, Rufino menjadi penjaring terbanyak Liga Super apabila beliau berjaya menjaringkan 19 gol musim ini. Jauh meninggalkan Guilherme De Paula yang berada di tempat kedua dan Kipre Tchetche yang berada di tempat ketiga.

    Dalam saingan Piala FA pula, Rufino berjaya menjaringkan 9 gol dan membantu Selangor mara ke perlawanan akhir namun dikecewakan oleh pasukan Pahang.

    Rufino sememangnya menjadi pemain terbaik bagi pasukan Selangor musim ini. Tanpa kelibat penyerang berusia 32 tahun ini, Selangor sudah pasti tidak berasa di kedudukan mereka ketika ini. Dalam saingan Liga, Selangor mungkin bergelut untuk mengelak daripada jatuh ke saingan Liga Perdana.

    Begitu juga dalam saingan Piala FA. Selangor tidak akan melangkah ke perlawanan akhir tanpa kecemerlangan Rufino.

    Kecemerlangan Rufino musim ini sudah pasti menarik minat pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia untuk mendapatkan khidmat beliau pada saingan musim hadapan. Selangor akan berdepan tugas sukar untuk mengekalkan beliau.

    Berbaki satu lagi perlawanan dalam saingan peringkat kumpulan D, Rufino berpeluang untuk mengatasi rekod jaringan Jorge Pereyra Diaz dimana bekas penyerang Johor Darul Ta’zim ini menjaringkan 32 gol dalam semua pertandingan pada musim 2016.

    Jika Rufino menjaringkan hatrik pada perlawanan menentang PKNP FC, maka beliau akan mengatasi rekod Diaz dan menjadi penyerang terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

    Apa pendapat anda mengenai kecemerlangan Rufino Segovia bahi pasukan Selangor dalam saingan Liga Malaysia musim ini? Mampukah beliau mengekalkan momentum cemerlang sekaligus memadam rekod yang dipegang oleh Jorge Pereyra Diaz sekaligus menjadi penyerang terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim ini?

    Baca Juga: Pahang Gagal Sekat Kebangkitan Selangor

    Leave a comment

    Your email address will not be published.