• Pasukan Sabah bakal turun tanpa tonggak utama pada perlawanan menentang pasukan Pahang malam ini kerana ketua jurulatih pasukan, Jelius Ating mahu merehatkan pemain tonggak menjelang perlawanan peringkat suku akhir.

    Jelius menganggap aksi malam ini tidak akan membawa sebarang makna dan beliau mahu mengelakkan tonggak utama pasukan daripada mengalami kecederaan dan mengutip kad kuning kedua.

    “Saya mungkin merehatkan Jipun (Rawilson Batuil) dan Mohd Azzizan (Nordin) yang baru kembali dari menyertai skuad negara baru-baru ini.

    “Randy Baruh pula akan direhatkan bagi mengelak dia mengutip kad kuning seterusnya digantung perlawanan pada aksi suku akhir nanti,” katanya kepada Berita Harian.

    Selain Rawilson, Azzizan dan Randy yang hampir pasti tidak akan diturunkan, tahap kecergasan Maxius Musa turut menjadi tanda tanya selepas pemain itu mengalami sakit perut.

    “Walaupun kita sudah mengesahkan kedudukan tangga teratas kumpulan D serta layak ke suku akhir, ia bukan bermakna kita memandang mudah perlawanan dengan Pahang.

    “Kita perlu mengekalkan rentak baik seterusnya cuba mencatat kemenangan bagi mengekalkan momentum untuk aksi suku akhir,” katanya.

    Selain itu, pengurus pasukan Sabah, Datuk Juil Nuatim mahukan para pemain untuk tidak memandang rendah cabaran yang bakal diberikan oleh Pahang memandangkan kedua-dua pasukan seri ketika berentap di Darul Makmur.

    “Saya tidak mahu pemain bermain sambil lewa kerana menganggap aksi esok tidak penting, ia bukan cara Sabah, kita mahu mencatat kemenangan.

    “Kemenangan pada malam esok akan memberi kita lebih motivasi menghadapi saingan suku akhir nanti. Pahang sebuah pasukan yang kuat tetapi saya percaya kita mampu mengatasi mereka,” kata Datuk Juil Nuatim.

    Kedua-dua pasukan telah layak ke peringkat suku akhir dan perlawanan malam ini hanyalah pelengkap kepadan saingan kumpulan D.

    Satu lagi perlawanan kumpulan D yang akan berlangsung malam ini ialah pasukan Selangor yang akan menentang pasukan PKNP FC. Pasukan yang meraih tiga mata oenuh malam ini akan menduduki tangga ketiga kumpulan D.

    Baca Juga: Adakah Piala Malaysia Sabah Yang Punya?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.