• Skuad bawah 16 tahun negara mengamuk di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila mereka berjaya memulakan saingan AFC Bawah 16 Tahun dengan langkah kanan dengan membelasah pasukan Tajikistan 6-2 pada perlawanan sebentar tadi.

    Pasukan negara bermula dengan garang apabila mereka terus memberi asakan ke arah kubu pertahanan pasukan Tajikistan sejak minit pertama permainan. Namun mereka perlu menunggu sehingga minit ke-30 apabila Luqman Hakim membuka tirai jaringan apabila beliau bijak untuk menolak masuk bola.

    Tiga minit kemudian, Najmuddin Akmal menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti setelah Luqman dijatuhkan oleh penjaga gol Tajikistan. Berselang tujuh minit setelah jaringan Najmuddin, Luqman sekali lagi menjaringkan untuk untuk meletakkan Malaysia di hadapan pada separuh masa pertama.

    Baru seminit separuh masa kedua dimulakan, Luqman berjaya menjaringkan gol keempat sekaligus jaringan hatrik. Namun, kecemerlangan Luqman tidak terhenti dan beliau akhirnya menjaringkan gol keempat beliau dalam perlawanan ini.

    Pada minit ke-72, Tajikistan memperoleh gol pertama menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Sharifbek Rahmatov. Berselang empat minit kemudian, Alif Mutalib menjaringkan gol keenam Malaysia menerusi sepakan penalti.

    Pada masa kecederaan, penjaga gol negara, Sikh Izhan dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap pemain lawan. Tajikistan menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penali yang diambi oleh Isroil Kholov.

    Meskipun beraksi dengan 10 pemain, namun anak-anak buah Lim Teong Kim berjaya mempertahankan kedudukan sekaligus mencatat kemenangan pada perlawanan pertama kumpulan A.

    Pemain terbaik skuad bawah 16 tahun negara pada perlawanan sebentar tadi sudah pasti penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin dimana anak muda ini menampilkan aksi yang sangat bertenaga dan beliau juga menjaringkan empat gol.

    Apa pendapat anda mengenai kemenangan skuad bawah 16 tahun negara ke atas pasukan Tajikistan sebentar tadi ? Mampukah anak-anak buah Lim Teong Kim mengekalkan momentum cemerlang ?

    Baca Juga: Tiga Mata Sasaran LTK Ketika Berdepan Tajikistan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.