• Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe mahukan pemain beliau untuk lebih bersedia jika beraksi di tempat lawan pada perlawanan antarabangsa yang akan datang.

    Pada perlawanan menentang Kemboja semalam, skuad Harimau Malaya terpakda bangkit daripada ketinggalan sebelum mengesahkan kemenangan ke atas pasukan bimbingan Keisuke Honda itu.

    “Selepas kita melepaskan gol awal, pemain bangkit memberi persembahan lebih baik. Pemain mempamerkan sikap tak mengalah dan saya harap pemain akan mengekalkan prestasi apabila beraksi di tempat lawan.

    “Banyak aspek positif pemain dalam perlawanan malam ini dan saya harap mereka akan lebih bersedia apabila Piala AFF bermula nanti,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Malaysia perlu menunggu sehingga babak kedua untuk menjelmakan kebangkitan apabila gol penyamaan Shahrul Saad menjadi pemangkin kepada kebangkitan anak-anak buah Tan Cheng Hoe.

    Selain itu, kecemerlangan Shahrel Fikri Fauzi setelah dibawa masuk bagi menggantikan Nazmi Faiz Mansor pada separuh masa kedua telah memainkan peranan penting di bahahian serangan pasukan dimana penyerang Nakhon Ratchasima ini menjadi pencetus kepada ketiga-tiga jaringan pasukan negara.

    Kemenangan ke atas Kemboja semalam merupakan kemenangan penting setelah pasukan negara tewas kepada Taiwan pada Jumaat. Kemenangan semalam bermakna skuad kebangsaan mencipta kemenangan pertama di tempat lawaan sejak sejak menewaskan New Caledonia 2-1 pada 22 Jun 2016 dalam perlawanan persahabatan di Noumea.

    “Pemain kita cukup bersemangat untuk menyerap tekanan dengan Keisuke Honda di tepi padang. Dengan jurulatih baru, ia bukan mudah buat pemain Kemboja tapi saya percaya bukan mudah untuk kita mengatasi mereka pada Piala AFF nanti,” tambah Tan Cheng Hoe.

    Harimau Malaya akan menyambung persediaan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki akhir tahun ini dengan menentang pasukan Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober diikuti dengan pasukan Kyrgyzstan pada 16 Oktober di di Stadium Hang Jebat Melaka dan diakhiri dengan menentang pasukan Maldives pada 3 November.

    Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan kebangsaan ke atas pasukan Kemboja pada perlawanan persahabatan antarabangsa semalam? Kelemahan manakah yang perlu diperbaiki oleh Tan Cheng Hoe bagi mengukuhkan lagi corak permainan pasukan?

    Baca Juga: Harimau Malaya Bangkit Daripada Kekalahan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.