• Terengganu FC mahu mengejutkan Felda United di laman sendiri dan membawa pulang bekalan selesa apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam perlawanan peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018.

    Pemain tengah import pasukan, Thierry Chanta Bin berazam untuk membantu Terengganu menewaskan Felda United meskipun mereka bakal beraksi di stadium keramat lawan yang mempunyai padang rumput tiruan.

    “FELDA mempunyai kekuatan tersendiri sehingga muncul juara Liga Perdana musim ini. Saya ramal skuad Penyu bakal berdepan laluan sukar kerana FELDA juga mempunyai pemain berpengalaman dan serba lengkap di setiap posisi.

    “Penyerang tinggi lampai mereka, Gilberto Fortunato dan Thiago Augusto cukup bahaya dan perlu diawasi ketat daripada bermaharaja lela di depan kubu TFC,” kata Chanta Bin kepada Berita Harian.

    Tambah pemain yang pernah mewakili pasukan bawah 17 tahun Perancis ini, beliau yakin dengan kemamuan rakan sepasukan untuk mencipta kemenangan pada perlawanan esok dan menganggap kekuatan yang dimiliki oleh Felda di barisan serangan boleh diatasi.

    “Jika lawan berbangga memiliki rangkaian penyerangnya, kami juga tidak kurang hebatnya dengan ketajaman Kipre Tchetche di barisan depan, Lee Tuck dan saya yang akan mengemudi jentera tengah dan benteng kebal kami diketuai, Igor Zonjic.

    “Kami yakin jika semua rakan sepasukan beraksi sebagaimana yang dirancang jurulatih, Irfan Bakti (Abu Salim), kami mampu membawa bekalan selesa dan tidak rela dikejutkan lawan sebelum pertemuan kedua pada Jumaat depan di Kuala Terengganu,” katanya.

    Terengganu FC muncul juara kumpulan A meskipun tewas kepada pasukan Kuala Lumpur pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Satu lagi pasukan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir daripada kumpulan A ialah pasukan Perak.

    Perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2018 akan bermula pada esok dimana Felda United menentang Terengganu FC di laman sendiri, Kelantan akan melayani kunjungan pasukan Sabah pada Sabtu, Pahang akan bertandang ke Larkin pada Ahad dan Perak akan melayani kunjungan PKNS FC pada Selasan hadapan.

    Baca Juga: Baddrol Bakhtiar Legenda Sebenar – TMJ

    Leave a comment

    Your email address will not be published.