• Penjaga gol skuad kebangsaan, Farizal Marlias menggesa rakan sepasukan untuk tidak mengulangi kesilapan ketika tunduk kepada Taiwan pada Jumaat lalu.

    Farizal menyatakan penting untuk tidak mengulangi kesilapan sama apabila berdepan pasukan Kemboja yang dibimbing oleh Keisuke Honda pada Isnin ini.

    “Kami bermain kurang baik dan melakukan kesilapan mudah tetapi positifnya, pemain-pemain cuba bermain hantaran pendek dan tidak cepat hilang bola walaupun keadaan padang yang kurang baik,” kata Farizal yang kini beraksi dengan Johor Darul Ta’zim.

    “Bertemu Kemboja, kami harus mengurangkan kesilapan dan tidak memberi ruang kepada mereka kerana sedikit kelalaian akan memberikan mereka peluang menjaringkan gol,” kata beliau menurut laporan Berita Harian.

    Farizal dibolosi sebanyak dua kali iaitu oada minit ke-13 dan juga ke-53 pada perlawanan menentang Taiwan Jumaat lalu.

    “Sudah pasti ini bukan keputusan yang saya harapkan. Saya perlu bekerja keras lagi selepas ini untuk mempertingkatkan lagi prestasi saya,” katanya.

    Anak-anak buah Tan Cheng Hoe telah tiba di Kemboja pada semalam dan para pemain perlu memperbaiki segala kelemahan yang ada kerana Kemboja akan turun di bawah bimbingan Keisuke Honda buat pertama kali.

    Kali terakhir Harimau Malaya bertemu Kemboja ialah pada Piala AFF 2016 di Yangon, Myanmar dengan skuad yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee ketika itu menang 3-2.

    Kami berpendapat Tan Cheng Hoe akan membuat beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama yang akan diturunkan pada Isnin ini. Pemain yang tidak diturunkan pada perlawanan menentang Taiwan akan diberi peluang untuk tampil.

    Pemain seperti Akhyar Rashid dan Shahrel Fikri Fauzi bakal dilihat bakal mengemudi jentera serangan memandangkan kedua-dua pemain hanya dimasukkan sebagai pemain gantian. Nasir Basharuddin dan Azzizan Osman bakal diturunkan di bahagian tengah manakala Rawilson Batuil berkemungkinan besar akan diturunkan di bahagian pertahanan.

    Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan kebangsaan untuk mencatat keputusan positif pada perlawanan menentang Kemboja Isnin ini? Mampukah pemain negara mencemarkan perlawanan sulung Keisuke Honda sebagai pengendali pasukan Kemboja?

    Baca Juga: Padang Becak Merencatkan Rentak Permainan Pasukan Negara

    Leave a comment

    Your email address will not be published.