• Pengendali skuad bawah 16 tahun negara, Lim Teong Kim menyasarkan tiga mata penuh apabila pasukan bimbingan beliau bertemu pasukan Tajikistan pada perlawanan pembukaan kumpulan A AFC Bawah 16 Tahun Khamis ini.

    Lim Teong Kim menjelaskan kini bukan masanya untuk memikirkan tentang kekuatan pihak lawan dan beliau lebih gemar untuk memberi perhatian terhadap kekuatan anak didik beliau pada perlawanan pertama nanti.

    “Semua pasukan yang layak ke pusingan akhir Kejohanan ini adalah terbaik dan sudah tentu masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

    “Bagi saya, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan pertama itu, tambahan pula kita tidak pernah bertemu sebelum ini.

    “Namun berdasarkan video perlawanan mereka di peringkat kelayakan AFC tempoh hari, saya yakin kita boleh melepasi halangan itu dengan syarat pemain perlu memanfaatkan setiap peluang terhidang,” kata Teong Kim kepada Berita Harian.

    Anak-anak buah Lim Teong Kim tidak boleh memandang rendah cabaran yang bakal diberikan oleh Tajikistan kerana pasukan ini muncul sebagai juara kumpulan pada peringkat kelayakkan yang diadakan tahun lalu. Mereka menang kesemua perlawanan dengan mengalahkan pasukan Oman, Syria dan Maldives.

    Penting untuk skuad bawah 16 tahun negara meraih tiga mata penuh pada perlawanan pertama bagi memberi sedikit kelebihan kepada pasukan negara sebelum turun menentang pasukan Thailand pada perlawanan kedua dan Jepun pada perlawanan ketika yang dilihat lebih mencabar.

    Pasukan bawah 16 tahun negara diletakkan sasaran untuk mara ke peringkat separuh akhir bagi membolehkan Malaysia mendapat satu slot untuk beraksi dalam temasya Piala Dunia Remaja yang akan berlangsung di Peru tahun hadapan.

    Pada temasya edisi 2014, pasukan yang dibimbing oeh S.Balachandran ketika itu hampir untuk melangkah ke peringkat suku akhir namun dikecewakan oleh pasukan Australia pada perlawanan peringkat suku akhir.

    Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan bawah 16 tahun negara pada temasya AFC Bawah 16 Tahun edisi 2018 ? Mampukah anak-anak muda negara merealisasikan impian para peminat untuk melihat Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Dunia ?

    Baca Juga: Kekuatan Berpasukan Kunci Utama Pasukan Bawah 16 Tahun

    Leave a comment

    Your email address will not be published.