• Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe memanggil enam pemain di bahagian serangan bagi menyertai kem latihan pusat pasukan negara yang akan bermula Isnin ini. Yang menjadi persoalan, adakah Cheng Hoe wajar menggunakan trio “SAS” atau trio pemain senior di bahagian serangan pasukan?

    “SAS” terdiri daripada Safawi Rasid, Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid. Ketiga-tiga pemain ini menampilkan aksi yang cemerlang ketika temasya Sukan Asia 2018 dan berjaya membantu pasukan bawah 23 tahun negara melepasi cabaran di peringkat kumpulan dan mara ke peringkat 16 pasukan terakhir.

    Sejak beraksi bersama-sama dalam skuad bawah 23 tahun sejak tahun lalu, keserasian dan persefahaman yang ditunjukkan ketiga-tiga pemain ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka sedia untuk menggalas cabaran beraksi dengan pasukan senior.

    Trio pemain senior pula dibarisi oleh ketua pasukan, Zaquan Adha, Norshahrul Idlan Talaha dan penyerang Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri Fauzi. Prestasi semasa tiga pemain ini berjaya memikat hati Tan Cheng Hoe untuk memanggil mereka.

    Bekas ketua jurulatih pasukan Kedah ini boleh meletakkan Mat Yo di posisi sayap kiri pasukan dimana posisi tersebut sememangnya sudah sinonim dengan Mat Yo. Di posisi sayap kanan pula, Shahrel Fikri boleh beraksi di posisi tersebut kerana semasa beraksi bersama PKNP FC, Eki diletakkan di bahagian sayap.

    Manakala Zaquan Adha pula diletakkan sebagai penyerang utama pasukan. Sejak Cheng Hoe mengambil alih sebagai ketua jurulatih, beliau memilih Zaquan sebagai penyerang utama dan juga ketua pasukan.

    Apa yang pasti, kita bakal melihat aksi dua gandingan di atas pada perlawanan menentang Taiwan dan juga Kemboja pada 7 dan 10 September nanti. Penting untuk Cheng Hoe mencuba enam penyerang ini bagi menentukan gandingan mana yang bakal digunakan pada temasya Piala AFF Suzuki akhir tahun ini.

    Apa pendapat anda mengenai enam pemain di bahagian serangan yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe bagi menghadapi pasukan Taiwan dan Kemboja? Adakah TCH perlu menurunkan trio “SAS”? Atau beliau perlu menggunakan khidmat pemain senior?

    Baca JugaSafawi Rasid – Kekal Bersama JDT Atau Berhijrah?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.