Sumber Gambar: Semuanya Bola

Keadaan semasa pusat latihan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sangat memprihatinkan dengan banyak kerosakan dan juga keadaan padang yang tidak memuaskan dimana terdapat air bertakung.

Keadaan semasa pusat latihan AMD ini dilaporkan oleh seorang wartawan sukan stesen tv tempatan dimana kita dapat lihat menerusi gambar di atas terdapat kebocoran dalam sistem pengairan yang menyebabkan beberapa kawasan digenangi air.

Perkara ini nyata mengundang tanda tanya di kalangan peminat dimana mereka mempersoalkan mengapa pusat latihan yang dibina dengan kos sebesar RM85 Juta ini boleh berada dalam keadaan yang tidak terurus.

Peminat juga mahukan person in charge agar mengambil tanggungjawab di atas masalah pusat latihan AMD ini kerana individu tersebut gagal untuk menjalankan tugas dengan baik.

Ketua Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Azli Abu Bakar kemudiannya menjelaskan perkara ini dengan mengatakan pihaknya telah menghantar aduan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang namun masih lagi tiada maklum balas diberikan.

Apa yang pasti, permasalahan padang latihan Akademi Mokhtar Dahari ini perlu segera diselesaikan bagi memastikan para pelatih dan juga pemain boleh menjalani latihan tanpa berdepan sebarang halangan.

Baca Juga: Ketiadaan Lim Teong Kim Cetus Tanda Tanya

Leave a Reply