• Sebanyak 11 pasukan daripada 12 pasukan yang beraksi pada Liga Super 2018 telah lulus dalam permohonan mereka mendapatkan lesen kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2019, jika layak.

    Kedah FA, Selangor FA, Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan FA, Perak FA, Terengganu FA, Melaka United SA dan PKNS FC lulus dalam mendapatkan lesen kebangsaan manakala Kuala Lumpur FA, Pahang FA dan PKNP FC juga berjaya mendapatkan lesen kebangsaan tetapi dengan sanksi.

    Daripada 11 pasukan di atas, 8 daripadanya iaitu Kedah FA, Selangor FA, Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan FA, Perak FA, Terengganu FA, Melaka United SA dan PKNS FC turut lulus dalam permohonan mendapatkan lesen AFC bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2019, jika layak.

    Sementara itu, dua pasukan yang lain iaitu PKNP FC dan Kuala Lumpur FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan lesen AFC kerana gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan. Pahang FA pula tidak layak dalam permohonan Lesen AFC disebabkan mereka dikenakan sanksi yang tidak membenarkan mereka memohon untuk Lesen AFC selama dua tahun.

    Satu lagi pasukan Liga Super 2018 iaitu Kelantan FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan lesen kebangsaan dan AFC kerana gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan.

    Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam, beberapa kriteria perlu dipenuhi setiap pasukan untuk mendapatkan lesen kelab.

    “Mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran kakitangan, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018.

    “Bagi pasukan yang gagal, mereka diberikan surat pemakluman dan masih boleh merayu untuk mendapatkan lesen kelab seperti dinyatakan dalam Artikel 3.4.2 Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018 yang mana rayuan mereka dijadual akan didengar dalam masa terdekat,” katanya.

    Stuart menambah lesen yang diberikan hanya sah untuk tempoh satu musim sahaja.

    “Lesen Kebangsaan & AFC yang dikeluarkan ini adalah sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi musim 2019 dan sepanjang musim berkenaan, jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018 atau mempunyai kes berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen kelab mereka boleh ditarik balik.”

    Baca Juga: Manja Man Minta Tolong FAM

    Leave a comment

    Your email address will not be published.