Sumber Gambar: Sabah FA

Pasukan Sabah akan turun tanpa tiga pemain tonggak kerana masalah kecederaan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2018 menentang Perak pada Ahad ini.

Tiga pemain tonggak yang dimaksudkan ialah pemain tengah, Azzizan Nordin, ketua pasukan, Rawilson Batuil dan penyerang import pasukan, Hector Ramos.

“Rawilson sebelum ini membatalkan hasrat menyertai skuad kebangsaan kerana cedera manakala Azzizan yang menyertai kem latihan pasukan negara juga terpaksa digugurkan kerana mengalami nasib sama.

“Begitu juga dengan Ramos, dia kembali ke negara asalnya untuk menyertai pasukan kebangsaan Puerto Rico namun kembali ke sini dengan kecederaan,” katanya ketika ditemui Berita Harian.

Ketua jurulatih pasukan, Jelius Ating mengatakan persiapan pasukan beliau sememangnya terganggu dengan kecederaan yang dialami oleh tiga pemain tersebut. Walaupun begitu, Jelius masih lagi percaya dengan kemampuan pemain lain menuju ke perlawanan pada Ahad ini.

“Memang persiapan kami agak terjejas dengan masalah kecederaan ini, namun kami juga perlu percaya dengan semua pemain yang ada,” ujar Jelius.

Pasukan Sabah berdepan dengan misi sukar apabila mereka ketinggalan dengan 5 gol setelah tewas 5-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Ipoh. Biarpun ketinggalan dengan 5 gol, namun Jelius mahu anak-anak buah beliau untuk tetap memberikan cabarang yang sengit kepada pasukan Perak.

“Ketika saya bermain dulu, kami pernah menang dengan jumlah gol yang banyak di Likas seperti membelasah Terengganu 8-2 dan Selangor 5-1, oleh itu misi ini (mengatasi Perak) bukan mustahil walaupun kami sedar ia sukar,” katanya.

Usaha Sabah dalam memadam kelebihan yang dimiliki oleh Perak sememangnya sukar tambahan lagi mereka akan turun tanpa pemain yang menjadi nadi utama pasukan sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini.

Apa yang pasti, pemain yang bakal diturunkan pada perlawanan Ahad ini harus memberika cabarang yang sengit kepada pasukan Perak. Jika Sabah mengulangi kelekaan ketika perlawanan pertama tempoh hari, maka perjalanan mereka dalam saingan Piala Malaysia edisi kali ini akan terhenti di peringkat separuh akhir.

Baca Juga: Perak Tak Rela Hilang Kelebihan

Leave a Reply