Sumber Gambar: MFL

Pasukan Terengganu FC berpeluang untuk meraih trofi Piala Malaysia pertama sejak edisi 2001 apabila mereka melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 setelah menewaskan Johor Darul Ta’zim pada perlawanan separuh akhir.

Pada perlawanan semalam, JDT mengasak sejak minit-minit awal permainan namun percubaan mereka ditepis oleh penjaga gol, Suffian Abdul Rahman. Terengganu juga melakukan asakan ke kubu pertahanan lawan namun percubaan Shahrul Aizad dinafikan Farizal Marlias.

Lima minit sebelum separuh masa pertama tamat, JDT dihadiahkan sepakan penalti setelah Adib Zainudin mengasari Safawi dalam kotak penalti. Fernando Marquez tenang menyempurnakan sepakan tersebut bagi memberikan kelebihan awal buat JDT.

Memasuki separuh masa kedua, kedua-dua pasukan mencari formula untuk mencari gol. Kipre Tchetche memiliki peluang pada minit ke-46 namun percubaan b3liau dihalang Farizal.

JDT kemudiannya menggandakan jaringan apabila Gonzalo Cabrera bijak menyempurnakan peluang hasil daripada hantaran Safawi Rasid sekaligus meletakkan tuan rumah berada 2-1 secara agregat.

Bagaimanapun, jaringan tuan rumah tidak bertahan lama selepas Tchetche bangkit menjaringkan gol pada minit ke-68 apabila merembat kencang menewaskan Farizal untuk mengikat agregat 2-2.

Kipre kemudiannya menjaringkan gol kedua beliau pada masa kecederaan sekaligus memastikan pasukan beliau mara ke perlawanan akhir dengan menewaskan juara bertahan pada perlawanan separuh akhir.

Kejayaan Terengganu mara ke final Piala Malaysia kali ini memberikan peluang kepada mereka untuk meraih trofi pertama sejak edisi 2001. Pada perlawanan akhir edisi 2001 itu, Terengganu menewaskan pasukan Perak dengan keputusan 2-1.

Satu lagi perlawanan separuh akhir akan melibatkan pauskan Perak dan Sabah yang akan berentap malam ini. Jika Perak berjaya mengekalkan kelebihan yang dimiliki oleh mereka, maka kita akan menyaksikan ulangan perlawanan akhir sepertimana pada edisi 2001.

Baca Juga: Perak Tidak Akan Ambil Mudah Cabaran Sabah

Leave a Reply