Sumber Gambar: MFL

Persatuan Bola Sepak Perak, (PAFA) akan memberikan 10 tiket perlawanan akhir kepada para peminat yang mengikuti peraduan yang diadakan oleh PAFA. Perkara ini disahkan oleh Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim sebaik pasukan The Bos Gaurus layak ke final selepas mengikat Sabah 2-2 di Stadium Likas semalam untuk mara dengan agregat 7-2.

Hasnul berkata apa yang perlu dilakukan oleh peminat ialah membuat ulasan video kurang daripada 1 minit perlawanan akhir Piala Malaysia 2000 antara Perak dengan Negeri Sembilan.

“Video yang mendapat ‘like’ paling ramai sama ada di Instagram atau FB akan dikira sebagai pemenang,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Tambah Hasnul lagi, pemenang akan mendapat lima tiket manakala tempat kedua tiga tiket dan ketiga, dua tiket. Pemenang akan diumumkan sendiri Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Datuk Azumu pada Khamis ini jam 11.59 malam.

Pemenang boleh menuntut 10 tiket tersebut daripada beliau di Stadium Shah Alam pada Sabtu jam 5.00 petang.

Kami berpendapat cara sebegini lebih baik daripada memberikan tiket percuma kepada peminat dengan membabi buta. Dengan kaedah seperti ini, maka secara tidak langsung peminat akan berada lebih rapat dengan pasukan dan juga mereka boleh belajar perkara baru mengenai pasukan kesayangan mereka.

Semalam, Kamaruzaman Abdullah mengumumkan bahawa peminat Terengganu FC tidak akan diberikan tiket dan juga bas percuma menjelang perlawanan pada Sabtu ini.

“Apa tujuan mereka buat begini? Kita kesal kerana Dewan Pemuda PAS tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini, apatah lagi ia turut membabitkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Adalah sangat tidak masuk akal untuk MB menyediakan bas dan tiket percuma untuk setiap MPKK seperti dalam mesej yang tular itu, kerana di Terengganu sahaja kita ada lebih 1,000 MPKK.

“Justeru adalah tidak logik untuk MB menyediakan lebih 1,000 bas untuk membawa penyokong menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia pada 27 Oktober nanti.

“Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim juga pelik dengan kenyataan ini kerana pihaknya hanya dijadualkan bermesyuarat esok untuk berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Baca Juga: Peluang Terengganu FC Raih Trofi Pertama Sejak 2001

Leave a Reply