Sumber Gambar: Droupr

Tinggal dua hari saja lagi untuk kita menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 diantara pasukan Terengganu FC menentang pasukan Perak di Stadium Shah Alam. Di sini, kami nak berkongsi dengan anda bagaimana nak jimatkan masa dan wang untuk pergi ke stadium Sabtu ini.

Sebelum itu, ada beberapa senario yang akan berlaku di sekitar kawasan stadium pada Sabtu nanti. Antaraya ialah trafik akan mula sesak dari susur keluar Tol Bukit Jelutong hingga ke lampu isyarat Giant Seksyen 13.

Selain itu, tempat letak kereta Stadium Shah Alam akan menjadi terhad dan anda mungkin terpaksa meletakkan kenderaan anda di luar stadium dan perlu berjalan kaki untuk memasuki stadium. Kalau begitu mesti penat kan.

Kalau anda merancang untuk membawa kereta pada Sabtu ini, anda berkemungkinan besar akan menghadapi senario yang kami tuliskan di atas. Bukan itu saja, mungkin anda terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk memastikan tangki minyak anda penuh. Ini kerana anda perlu melalui trafik yang sesak selepas perlawanan.

Jadi, bagaimana nak elak senario di atas sekaligus menjimatkan masa dan wang anda ? Anda boleh muat turun aplikasi Droupr di Google Store (Android) and Apple Store (iOS) bagi mencari rakan carpool untuk ke stadium Sabtu ini.

Bagaimana cara nak menggunakan Droupr ni ? Ikut langkah-langkah ini:

(1) Muat turun aplikasi Droupr di Google Store (Android) and Apple Store (iOS).

(2) Daftar dengan nama, alamat emel dan nombor telefon sebenar anda untuk diverifikasi oleh pihak Droupr. Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan profil Facebook anda.

(3) Selepas pendaftaran anda diverifikasi oleh Droupr, anda sudah boleh mula menggunakan aplikasi ini.

Jika anda mempunyai kereta dan mahu mencari penumpang, anda juga boleh berbuat demikian di Droupr. Anda perlu mengisi maklumat perjalanan anda di Droupr. Sebagai pemandu, anda juga boleh menetapkan syarat-syarat anda sendiri.

Jadi, jangan buang masa lagi wahai peminat Perak dan Terengganu! Muat turun aplikasi Droupr sekarang bagi mencari rakan carpool untuk menuju ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini. Anda boleh menjimatkan masa dan wang anda sekaligus mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara peminat.

Baca Juga: Bagaimana E-Hailing Dan Operator Pengangkutan Awam Membantu Memeriahkan Liga Malaysia ?

Leave a Reply