Sumber Gambar: Bernama

Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia sekali lagi menjadi isu apabila sebahagian besar peminat Perak dan Terengganu FC kecewa dengan cara tiket tersebut diagihkan.

Di sini kami mengambil situasi yang dialami oleh penyokong Terengganu FC ketika membeli tiket final yang mula dijual semalam. Dikhabarkan tiket yang dijual di kaunter Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSIN) hanya sebanyak 2,000 keping tiket sahaja manakala bakinya sebanyak 28,000 dijual di beberapa daerah menerusi persatuan dan kelab bola sepak masing-masing. .

Yang menjadi persoalan disini, adakah kelab persatuan dan kelab bola sepak yang diberi tanggungjawab untuk menjual tiket final Piala Malaysia ini menjalankan tugas dengan baik dan tidak “makan sendiri” atau memberikan tiket tersebut kepada “kroni” ?

Mengapa persoalan sedemikian timbul kerana tiada sebarang penjelasan daripada Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) sendiri mengenai penjualan tiket menerusi persatuan dan kelab bola sepak di beberapa daerah ini.

Jika mereka membuat satu penjelasan yang lebih teliti mengenai penjualan tiket di beberapa daerah ini, mungkin masalah tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang tidak mencukupi tidak akan berlaku. Selain itu, perkara sebegini boleh dielakkan sekiranya pihak yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas dengan baik.

Di Stadium Perak pula, 3,500 tiket yang diperuntukkan untuk dijual habis terjual hanya dalam tempoh 40 minit. Soalan yang sama wajar diajukan kepada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA). Kemana baki tiket iaitu sebanyak 26,500 keping ? Dijual dimana ? Adakah peminat tahu tentang tempat penjualan selain di Stadium Perak ?

Sudah bermacam-macam kaedah yang diguna pakai untuk menjual tiket final. Namun masalah yang sama muncul iaitu agihan tiket tidak mencukupi.

Apa yang diharapkan cuma satu. Jangan kita merompak semangat penyokong yang selalu datang ke stadium tak kira jenis perlawanan sama ada perlawanan peringkat kumpulan ataupun perlawanan persahabatan kerana mereka ini merupakan peminat setia pasukan dan bukannya glory hunter.

Semoga ada jalan penyelesaian terhadap isu tiket ini pada perlawanan akhir yang akan datang.

Baca Juga: Peminat Terengganu Kecewa Tak Dapat Tiket

Leave a Reply