Sumber Gambar: Sinar Harian

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Ahmad Said membidas cara persatuan tersebut menjual tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.

Menurut Said, kemungkinan ada pihak dipertanggungjawabkan menguruskan hal itu menggunakan orang tengah yang membeli secara pukal sebelum menjual tiket di pasaran gelap untuk mendapat untung berlipat ganda.

“Cara persatuan (PBSNT) menjual tiket, saya syak pihak yang menguruskannya menggunakan cara tidak betul.

“Sebab, kalau ada lebih kurang 30,000 tiket, bukan satu dua jam sudah habis tiket. Mungkin yang menjual guna orang lain iaitu orang tengah yang beli banyak dan jual untuk dapat habuan,” katanya kepada Berita Harian.

Ahmad Said turut membidas tindakan PBSNT yang hanya membuka satu kaunter jualan dan menjual hanya 2,000 tiket di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong memandangkan persatuan mendapat peruntukan 30,000 tiket.

“Orang beribu-ribu, satu kaunter saja dibuka… takkan tak boleh fikir dah berpuluh tahun pengalaman.

“Bukalah 10 kaunter dan boleh buka satu saluran untuk wanita saja. Saya perhatikan benda ini,” tambah beliau.

Penjualan tiket perlawanan akhir di Terengganu dikhabarkan menggunakan kaedah dimana persatuan dan kelab bola sepak di beberapa daerah di Terengganu diberi tanggungjawab untuk menjual tiket tersebut.

Namun, tiada penjelasan yang jelas daripada PBSNT mengenai perkara ini sekaligus menimbulkan keleliruan di kalangan penyokong.

Akibatnya, penyokong terpaksa beratut di hadapan kaunter Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sehingga menyebabkan peminat bersesak sesama sendiri dan ada peminat yang pengsan kerana bersessk untuk mendapatkan tiket.

Apa yang pasti, persatuan bola sepak negeri perlu lebih bijak dalam menjual tiket perlawanan akhir kepada peminat setia pasukan.

Baca Juga: Tiada Laluan Mudah Capai Kejuaraan – Kipre Tchetche

Leave a Reply