Sumber Gambar: Perak TBG

Pasukan Perak menjadi pilihan beberapa ketua jurulatih dalam saingan Liga Malaysia 2018 untuk muncul sebagai juara Piala Malaysia edisi kali ini.

Aksi di Stadium Shah Alam malam ini pasti sengit dengan kedua-dua pasukan memiliki kelebihan tersendiri walaupun Perak dilihat kurang berpengalaman kerana rata-rata pemainnya tidak pernah beraksi pada final.

Bagaimanapun beberapa jurulatih Liga Malaysia yang diminta pendapat mereka berasakan pasukan The Boss Gaurus mampu melengkapkan malam gemilang di bawah kendalian jurulatih Mehmet Durakovic yang muncul antara “pakar Piala Malaysia”.

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim meramalkan Perak akan menewaskan pasukan Terengganu FC malam ini dengan keputusan 2-1. Bekas ketua jurulatih pasukan Felda United pula meramalkan pasukan bimbingan Mehmet Durakovic ini akan memenangi perlawanan akhir dengan keputusan 1-0.

Ketua jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir turut memberikan ramalan beliau dimana jurulatih yang membimbing Selangor mara ke perlawanan akhir Piala FA ini meramalkan Perak menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 1-0.

Ketua jurulatih pasukan Kelantan, seteru Pantai Timur Terengganu FC iaitu Yusri Che Lah meramalkan Perak akan muncul sebagai pemenang dengan keputusan 2-1 berpihak kepada The Boss Gaurus.

Bekas pemain Perak, Abu Bakar Fadzim turut merasakan Perak adalah pasukan pilihan untuk muncul sebagai juara dimana beliau meramalkan pasukan yang pernah dibimbingnya itu menang dengan keputusan 2-1.

Tak kurang juga ara ketua jurulatih yang memilih pasukan Terengganu FC akan muncul sebagai juara malam ini. Ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Husin meramalkan Terengganu FC akan menang dengan keputusan 2-1.

Apa yang pasti, kedua-dua pasukan perlu menampilkan permainan terbaik mereka bagi memastikan mereka muncul sebagai juara Piala Malaysia edisi 2018.

Sudah lama dua pasukan ini tidak menjulang trofi tertua di Asia ini. Jadi perlawanan malam ini adalah peluang keemasan mereka.

Baca Juga: Nor Hakim Tidak Mengalami Kecederaan Serius

Leave a Reply