• Ada ganjaran misteri menanti pemain Terengganu FC jika pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim ini layak ke final Piala Malaysia musim ini.

    Berita gembira itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

    “Oleh kerana kami berdepan beberapa siri kemenangan dalam beberapa pasukan, hal itu (habuan) akan kami pertimbangkan tapi belum buat keputusan lagi sekiranya menjuarai piala itu.

    “Sekiranya TFC masuk final saya akan minta Exco Sukan untuk membuat cadangan, tapi insya-Allah akan ada habuan menanti buat pemain,” kata Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Negeri Terengganu kepada Berita Harian.

    Ahmad Samsuri yakin skuad Penyu yang akan beraksi di tempat lawan mampu membuat kejutan untuk mara ke final bagi mengulangi pencapaian 2011.

    “Saya berasa amat positif kami mampu untuk mencapai apa yang diharapkan di Johor Bahru nanti walaupun kami hanya menang tipis dan beraksi di gelanggang lawan.”

    Terengganu FC membawa bekalan satu gol ke Larkin hasil jaringan Abdul Malik Mat Ariff menjelang perlawanan separuh akhir kedua dan mereka perlu mengekalkan kelebihan tersebut sekiranya mahu melangkah ke perlawanan akhir.

    Ganjaran yang bakal diberikan sekiranya Terengganu FC melangkah ke perlawanan akhir sudah pasti menjadi motivasi tambahan menjelang perlawanan di Larkin. Pemain JDT sudah pasti akan memberikan cabaran yang sengit bagi memadam kelebihan yang dimiliki oleh mereka.

    Selain Terengganu FC, Perak juga memberikan ganjaran kepada para pemain mereka jika melangkah ke perlawanan akhir. PAFA menjanjikan imbuhan sebanyak RM15,000 kepada setiap pemain jika melangkah ke perlawanan akhir.

    Apa pendapat anda mengenai ganjaran yang bakal diberikan kepada pemain Terengganu FC jika melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018? Mampukah perkara ini melonjakkan lagi semangat para pemain?

    Baca Juga: Tan Cheng Hoe Mahu Ubah Tabiat Buruk

    Leave a comment

    Your email address will not be published.