• Dua pemain muda negara, Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran menjadi harapan utama pasukan bawah 19 tahun negara pada temasya AFC Bawah 19 Tahun edisi 2018 di Indonesia yang akan bermula hari ini.

    Akhyar dan Nik Akif baru saja menyertai pasukan setelah kedua-dua pemain ini menamatkan tugasan bersama pasukan senior pada dua perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka dan Kyrgyzstan.

    Menurut pengendali pasukan, Bojan Hodak, kualiti yang dimiliki oleh dua pemain ini mampu untuk menambah baik kelemahan di bahagian serangan selain memberikan pilihan tambahan dimana beliau banyak bergantung kepada Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Zafuan Azeman sebelum ini.

    “Sudah tentu apabila dua pemain muda ini dipanggil menyertai latihan dengan pasukan senior menunjukkan mereka memiliki kualiti terbaik untuk bersama pemain lebih senior. Ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada kami (skuad B-19) terutamanya untuk memburu gol,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

    “Pada aksi persahabatan, memang kami menghadapi kesukaran di jentera serangan kerana bukan mudah menentang pasukan Asia Barat yang mengamalkan permainan keras terutamanya di benteng pertahanan.

    “Kehadiran mereka setidak-tidaknya dapat memperbaiki posisi serangan serta memudahkan saya mencatur pemilihan pemain dalam setiap aksi peringkat kumpulan,” kata Hodak kepada Berita Harian.

    Malaysia yang muncul sebagai juara Piala AFF Bawah 19 Tahun Julai lalu diundi dalam kumpulan D bersama pasukan Arab Saudi, Tajikistan dan China.

    Anak buah Bojan Hodak akan memulakan kempen menentang Arab Saudi, Sabtu ini diikuti Tajikistan Selasa depan dengan kedua-dua aksi di Stadium Patriot, Bekasi.vAksi terakhir berdepan China akan diadakan di Stadium Pakansari, Bogor serentak dengan aksi antara Arab Saudi dan Tajikistan di Stadium Patriot.

    Jika pasukan bawah 19 tahun negara berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir, maka mereka akan mendapat slot untuk beraksi dalam temasa Piala Dunia Bawah 20 Tahun yang akan diadakan di Poland tahun hadapan.

    Baca Juga: Skuad Bawah 19 Tahun Negara Kekal Tenang

    Leave a comment

    Your email address will not be published.