• Gundah-gulana penyokong Selangor apabila Rufino Segovia membuat satu kenyataan yang menunjukkan seolah-olah beliau akan meninggalkan pasukan Selangor musim hadapan. Peminat tegar Red Giants kemudiannya mahukan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk berbuat sesuatu bagi mengelakkan pemain kesayangan mereka pergi.

    View this post on Instagram

    it’s time to say goodbye to this season, and to thank all my colleagues for all that I have lived with them, thank you teammates and family. thank our manager Rauf @raufahmad20 who is the most trusted person in me, thanks to you for all your help To my and my teammates, thanks Selangor for this year and all the fans of Selangor, I love you Selangor ❤️

    A post shared by Rufino Segovia del Burgo 🇪🇸🇲🇾 (@rufinosegovia) on Oct 16, 2018 at 8:14am PDT

    Jika benar Rufino meninggalkan pasukan bagi saingan musim 2019, maka perkara ini akan menjadi satu kerugian terbesar yang bakal dialami oleh juara 33 kali Piala Malaysia ini. Mengapa ianya kerugian terbesar bagi Selangor ? Anda lihat saja carta penjaring terbanyak Liga Super dan Piala FA musim ini.

    Rufino menjaringkan 19 gol dalam saingan Liga dan 9 gol dalam saingan Piala FA. Penyerang dari Sepanyol berusia 32 tahun ini menjadi sebab utama mengapa Selangor masih lagi kekal dalam Liga Super dan mara ke perlawanan akhir Piala FA. Tanpa Rufino, mungkin Selangor akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan.

    Di sini, apa yang perlu dilakukan oleh FAS ialah mengekalkan khidmat Rufino dan membawa masuk pemain terbaik bagi membantu beliau mengangkat pasukan musim hadapan.

    Bawa masuk pemain yang mempunyai kualiti tinggi serta berkaliber di bahagian serangan dan juga bahagian tengah bagi memudahkan kerja Rufino dalam mencari jaringan buat pasukan. Kita dapat lihat Rufino bagaikan bekerja seorang diri bagi mencari gol buat Selangor musim ini.

    Selain itu, jika berkemampuan, FAS boleh membayar berapa saja jumlah gaji yang diminta oleh Rufino kerana pada pandangan penulis, beliau layak untuk mendapat bayaran yang setimpal dengan jasa dan juga keringat yang telah dicurahkan bagi pasukan.

    Pucuk pimpinan baru FAS perlu mempersiapkan pasukan yang mantap bagi memastikan Selangor menjadi pasukan pencabar kejuaraan pada saingan musim hadapan dan Rufino adalah tunjang utama kepada perkara tersebut.

    Hanya dengan memenangi piala musim hadapan dapat mengembalikan semula kepercayaan penyokong yang dilihat semakin pudar dek kerana prestasi pasukan yang “lemau”.

    Pesanan penulis kepada pengurusan Selangor, jangan sampai anda kehilangan penyerang terbaik pasukan anda kerana mencari penyerang yang mampu untuk beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga Malaysia tidak semudah yang disangkakan.

    Mungkin penyerang tersebut beraksi dengan baik di Liga negara lain. Akan tetapi, apabila datang ke Liga Malaysia, tekanan yang bakal dihadapi adalah jauh lebih berbeza.

    Tekanan daripada penyokong dan juga pihak pengurusan adalah perkara utama yang perlu dihadapi oleh penyyerang import.

    Baca Juga: Adakah Rufino Kekal Bersama Selangor ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.