• Ketua jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mahu memberi peluang kepada pemain baru yang berjaya memikat hatinya pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Ipoh, Perak bulan lalu.

    Beliau kini sedang mempersiapkan pasukan menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang turut menawarkan tiket ke Olimpik Tokyo 2020 Mac depan.

    Menurut Kim Swee, tonggak kekuatan skuad Sukan Asia di Indonesia baru-baru ini tidak akan disenaraikan seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran Nik Mat pada kejohanan jemputan di Vietnam itu nanti.

    “Sebelum kelayakan nanti, kita akan memanggil pemain hujung bulan depan dan akan menyertai Piala Newspaper di Vietnam pada pertengahan Disember.

    “Jadi, itu perancangan pertama kita sebelum kelayakan AFC pada Mac. Pemain utama skuad B-23 tidak akan dipanggil menyertai kejohanan ini kerana sudah beraksi banyak perlawanan bersama pasukan masing-masing.

    “Namun, apa yang menariknya, ketika di SUKMA tempoh hari ada beberapa pemain menunjukkan aksi baik yang saya kira mampu mengisi slot-slot tertentu.

    “Jadi, apa yang saya akan lakukan di Piala Neswpaper ini, saya akan menilai pemain baru sebelum memanggil mereka semula pada bulan Mac nanti bersama skuad sedia ada dan pemain dari pasukan B-19 kendalian Bojan Hodak,” katanya kepada Berita Harian.

    Kecemerlangan skuad B-23 sepanjang tahun ini pastinya akan menjadi perhatian peminat apabila bersaing di kelayakan AFC pada tahun depan.

    Sasaran seterusnya bagi pasukan bawah 23 tahun negara ialah melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpil Tokyo 2020. Jika melihat kepada prestasi serta momentum pasukan ketika ini, tidak mustahil sasaran tersebut boleh dicapai dan kita akan beraksi di pentas Sukan Olimpik.

    Baca Juga: KBS Mahu Siasat NFDP

    Leave a comment

    Your email address will not be published.