• Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mendedahkan surat yang diterima oleh Sekretariat Agung FAS daripada Presiden Kelab Bola Sepak Frenz United, Roslin Shariff yang mahu Kongres Luar Biasa (EGM) diadakan adalah tidak sah.

    Kandungan surat yang dihantar oleh Roslin adalah meminta agar sebuah mesyuarat Kongres Luar Biasa diadakan yang bertujuan untuk memilih seluruh barisan Jawatankuasa Eksekutif yang baharu termasuklah jawatan Presiden.

    Akan tetapi, setelah Sekretariat Agung FAS membuat semakan, mereka mendapati bahawa surat yang dihantar adalah tidak sah.

    “Ini adalah kerana walaupun surat Encik Roslin dikatakan mewakili permintaan 67 ahli kelab gabungan, Sekretariat Agung FAS telah menerima penarikan permintaan tersebut daripada beberapa ahli kelab gabungan.”

    “Selain daripada itu, terdapat juga permintaan yang dibuat oleh ahli kelab gabungan yang tidak sah, ditandatangani oleh penandatangan yang tidak diberikan kuasa, serta penandatangan yang muflis. Lebih serius lagi, Sekretariat Agung FAS mendapati terdapat surat permintaan yang mengandungi tandatangan palsu.”

    “Selaras dengan perlembagaan FAS, permintaan untuk mengadakan mesyuarat Kongres Luar Biasa ini tidak mencapai kuota yang diperlukan iaitu separuh daripada keseluruhan ahli kelab gabungan. Oleh sebab itu, penganjuran mesyuarat Kongres Luar Biasa ini adalah tidak sah.”

    “Kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai perkembangan perkara ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FAS.

    Di akhir kenyataan tersebut, RMS menggesa ahli kelab gabungan berganding bahu dalam menjayakan transformasi FAS.

    “Kita sudah banyak kehilangan masa maka kita haruslah segera mengorak langkah dan membuat persiapan rapi untuk musim yang akan datang.”

    Sebelumnya, ramai bekas pemain serta peminat setia pasukan Selangor yang berang dengan individu yang mahukan Kongres Luar Biasa FAS ini dijalankan kerana dianggap sebagai perosak dalam persatuan tersebut.

    Bekas pemain seperti Malek Rahman, Khalid Ali dan Asmawi Bakiri tindakan tersebut tidak berfaedah dan membuang masa malah boleh merencatkan revolusi yang cuba dibawa Raja Muda Selangor.

    Baca Juga: Pihak Tidak Bertanggungjawab Mahukan AGM FAS

    Leave a comment

    Your email address will not be published.