• Pemain pertahanan pasukan bawah 19 tahun negara, Shivan Pillay Asokan menggesa rakan sepasukan untuk tidak melakukan kesilapan mudah pada perlawanan pertama kumpulan D AFC Bawah 19 Tahun hari ini.

    Menurut Shivan, sebarang kesilapan mudah akan mengundang padah buat pasukannya yang menyasarkan kemenangan pada aksi pertama itu.

    “Sepanjang tempoh persiapan, kami berdepan dua aksi persahabatan menentang pasukan dari Asia Barat seperti Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

    “Sudah semestinya corak dan gaya permainan mereka tidak jauh beza dengan Arab Saudi yang mengamalkan aksi pantas dan agresif.

    “Jadi, saya dan rakan sepasukan terutama di pertahanan perlu bersedia untuk mengekang asakan penyerang lawan dan kami kena lebih fokus serta tidak boleh buat kesilapan mudah,” katanya kepada Berita Harian.

    Dalam tempoh persiapan menuju ke AFC Bawah 19 Tahun, skuad kendalian Bojan Hodak gagal untuk mengutip sebarang kemenangan dalam tiga aksi apabila tewas 1-3 kepada Qatar, kalah 0-2 kepada UAE sebelum seri 1-1 pada aksi kedua dengan lawan sama.

    “Walaupun keputusan (aksi persahabatan) tak berapa cantik, saya tetap percaya kami ada peluang untuk melepasi peringkat kumpulan.

    “Kami kena main sebagai satu unit dan percaya kepada diri sendiri bahawa kami boleh menang ke atas Arab Saudi walaupun ramai menganggap ia sukar,” katanya.

    Harapan utama pasukan bawah 19 tahun negara untuk mencari jaringan sudah pasti terletak di bahu Akhyar Rashid dan juga Bik Akif Syahiran. Kedua-dua pemain ini sudah beraksi bersama skuad bawah 23 tahun dan pasukan senior negara. Sudah pasti pengambilan yang dimiliki akan membantu pasukan dalam saingan edisi kali ini.

    Akhyar dan Nik Akif akan dibantu oleh Zafuan Azeman dan Hadi Fayyadh di bahagian serangan.

    Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan bawah 19 tahun negara untuk mencatat keputusan positif pada perlawanan menentang Arab Saudi hari ini? Mampukah pasukan bimbingan Bojan Hodak mengutip tiga mata penuh?

    Baca Juga: Saya Sedia Dipanggil – Nor Azam Azih

    Leave a comment

    Your email address will not be published.