• Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya mereka boleh mengendalikan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dengan lebih baik jika diberi kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

    Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata peranan FAM sebagai badan induk bola sepak tanah air dalam program NFDP tidak boleh dilupakan.

    “Saya ingin tegaskan di mana-mana di dunia, bola sepak adalah tanggung jawab persatuan bola sepak bukan tanggung jawab orang lain, FAM tak boleh ditinggalkan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Sehingga kini nasib NFDP masih belum diputuskan selepas kegagalan skuad bawah 16 tahun negara untuk mencapai sasaran layak ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan. Pasukan bimbingan Lim Teong Kim sekadar menamatkan saingan di peringkat kumpulan setelah mencatat satu kemenangan dan dua kekalahan.

    NFDP juga dihimpit kontroversi selepas perbelanjaan besar telah dibelanjakan termasuk bayaran gaji RM175,000 sebulan tanpa cukai kepada Lim Teong Kim serta peruntukan RM85 juta bagi membina Akademi Mokhtar Dahari di Gambang, Kuantan yang akhirnya berada dalam keadaan serba kekurangan.

    Tambah Datuk Hamidin beberapa siri perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah dilakukan dan mereka masih menunggu kata putus berhubung perancangan baru NFDP.

    “Saya ada membuat pertemuan dengan YB (Yang Berhormat) menteri sebelum ini dan Timbalan saya (Datuk Seri Subahan Kamal) juga ada bermesyuarat dengan KBS, jadi biar menteri umumkan. Kita tunggu apa beliau umumkan dan struktur yang jelas untuk NFDP,” katanya.

    Apa yang pasti, siapa saja yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan NFDP kelak harus mempunyai perancangan yang rapi bagi memastikan program ini terus menghasilkan pemain di peringkat akar umbi yang mempunyai kualiti.

    Selain itu, pihak tersebut perlu mencari jalan penyelesaian untuk mendapatkan dana bagi memastikan segala operasi dan juga perancangan yang telah ditetapkan sebelum ini berjalan dengan lancar.

    Apa pendapat anda mengenai kenyataan FAM yang berkata mereka boleh menguruskan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dengan lebih baik ? Mampukah mereka menjalankan tugas dengan seperti yang dikatakan sekiranya diberikan tanggungjawab ?

    Baca Juga: Perjalanan NFDP Bergantung Kepada Dana Kerajaan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.