• Ketua jurulatih pasukan bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak menegaskan pasukan bimbingan beliau tidak gentar dengan Arab Saudi dimana kedua-dua pasukan akan bertembung dalam perlawanan pertama kumpulan D AFC Bawah 19 Tahun hari ini.

    Hodak meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada anak-anak buah beliau walaupun skuad muda negara gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat aksi persahabatan terakhir.

    “Sebelum ini kami pilih bermain dengan pasukan yang baik pada aksi persahabatan kerana secara tidak langsung pemain dapat memperbaiki prestasi mereka terutamanya ketika bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

    “Saya berkata demikian kerana negara Timur Tengah sangat baik dari segi fizikal dan sudah tentu mereka salah satu pasukan pilihan untuk kejohanan kali ini.

    “Pada masa sama, saya telah memberitahu pemain bahawa ini adalah satu perkara yang baik kerana kita dianggap sebagai pasukan bukan pilihan dalam Kumpulan D.

    “Kita merupakan pasukan underdog dan semua tidak memberikan harapan yang terlalu tinggi untuk kita. Perkara ini memberikan kelebihan kepada pasukan bermain dengan lebih selesa tanpa sebarang tekanan,” katanya kepada Kosmo.

    Tambah Bojan, kejayaan menjuarai AFF Bawah 19 Tahun pada Julai lalu menjadi sebab mengapa beliau percaya dengan kemampuan Akhyar Rashid dan rakan-rakan untuk mara dengan lebih jauh pada edisi kali ini dan menunjukkan satu sikap tidak gentar dalam diri masing-masing.

    “Kami telah tunjukkan sebagai pasukan yang baik selepas menang AFF dan ia menunjukkan Malaysia mempunyai pelapis yang baik apabila kami mempunyai dua pemain beraksi untuk skuad senior iaitu Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

    “Saya rasa ia adalah satu petanda yang baik kepada pasukan untuk berdepan AFC B-19 kali ini meskipun kami perlu berdepan pasukan yang hebat dalam Kumpulan D,” kata Bojan.

    Selepas selesai aksi pembukaan hari ini, Malaysia dijadualkan berdepan Taji­kistan pada 23 Oktober sebelum menentang China pada 26 Oktober di venue sama.

    Empat pasukan terbaik bakal mendapat tiket ber­aksi pada kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun yang akan diadakan di Poland tahun depan.

    Baca Juga: Elak Buat Kesilapan Mudah

    Leave a comment

    Your email address will not be published.