• Legenda pasukan kebangsaan, Khalid Ali mahu individu yang mencetuskan kontroversi dalam Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk segera mengentikan tindakan beliau.

    Khalid berkata demikian susulan tindakan segelintir ahli gabungan yang mendesak diadakan Kongres Luar Biasa (EGM) untuk memilih Exco baharu kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan pada Julai lalu, terutama dua jawatan Naib Presiden yang dianggap tidak mengikut peraturan

    “Ahli gabungan sepatutnya berasa lega apabila Raja Muda bersetuju untuk menerajui FAS. Dalam keadaan kewangan persatuan yang tenat, baginda adalah individu paling layak untuk menjadi penyelamat.

    “Kita yang di belakang sepatutnya menyokong bukannya membuat kacau. Saya berasa geram betul dengan kumpulan ini.

    “Kalaulah Raja Muda menarik diri sebagai presiden, adakah mereka mampu menyelesaikan masalah kewangan FAS dan menaikkan semula pasukan Selangor?” soal Khalid Ali.

    Khalid menambah Raja Muda merupakan individu yang tepat untuk menerajui FAS kerana baginda iklhas dalam menjalani tugasan tersebut.

    “Baginda mewarisi sifat ayahanda baginda yang meminati bola sepak serta amat mengambil berat mengenai pasukan Selangor.

    “Saya masih ingat ketika baginda Sultan Selangor sekarang menjadi Raja Muda dahulu, baginda pernah mencemar duli turut ke padang melihat kami berlatih dan kemudian menghulurkan minuman kepada setiap pemain apabila tamat latihan,” imbas Khalid kepada Berita Harian.

    “Selangor pernah jadi juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali, tapi kini saya lihat taraf pasukan itu sudah macam budak sekolah. Apa sumbangan kumpulan itu selama ini?

    “Jadi, nasihat saya tak payahlah nak buat kecoh-kecoh, nak adakan EGM dan sebagainya. Kalau tidak mahu menyokong atau membantu sekalipun, jangan pula hendak jadi perosak.

    “Biarlah Raja Muda buat kerjanya, malah saya percaya siapapun yang baginda lantik sudah tentu kerana baginda yakin dengan kemampuan orang itu untuk bekerjasama menaikkan semula martabat bola sepak Selangor,” kata Khalid.

    Baca Juga: Bwri Ruang Kepada Raja Muda – Amirudin Shari

    Leave a comment

    Your email address will not be published.